Coklat Cinta
KarnaDya Publishing Sdn Bhd
ADELIA... Adelia, hidupnya tidak seperti gadis lain. Dia sentiasa terkongkong di bawah perintah Ayu. Kemana-mana sahaja dia ditemani Syamil. Namun, apakan daya, menyedari akan status diri, dia terpaksa. Menjejak ke negara matahari terbit, hidupnya mula mewarna. Di sanalah dia mula mengenali erti cinta meskipun Syamil seakan bayang hitam yang sentiasa merantai kakinya.
SYAMIL... Kehadiran gadis itu sejak kecil sering mengundang amarahnya. Namun dia sedar, ada satu perasaan halus yang mula mengusik hatinya walaupun dia sering menafikan. Namun sikapnya yang sering menengking Adelia membuatkan gadis itu semakin menjauhinya.
DAMIEN... Seorang jejaka Cina yang mula menyinari hati Adelia. Sikapnya yang romantis dan melayan Adelia seperti seorang puteri membuatkan gadis itu mula membuka hatinya perlahan-lahan. Demi ingin melindungi Adelia, dia sanggup mengikat janji cintanya.
"You betul-betul cintakan I?"
"Sumpah." Damien angkat sebelah tangan separas bahu.
"You janji tak akan curang dengan I?"
"Lelaki ini adalah lelaki yang paling setia dalam abad ini."
"Kalau suatu hari nanti I dah gemuk, you masih setia dengan I?"
"Takkan sesekali I peduli pada saiz badan you."
Namun segalanya bukan mudah. Satu demi satu dugaan mula menguji cinta mereka sehingga terbongkarnya rahsia yang menyebabkan mereka harus mempertimbangkan ikatan yang terbina selama ini. Dengan status diri, rahsia terpendam serta hasad dengki membuatkan mereka semakin jauh.
"Sekarang you cakap, apa yang you nak sebenarnya. I boleh bagi pada you. Kecuali bulan, bintang dan matahari. Lain-lain I boleh bagi. Cakap!"
"I nak kebahagiaan I yang dulu, bi."
"You berkahwin dengan I bukan nak cipta bahagia, Adelia. Tetapi you cuba cipta dunia you sendiri!"
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚
Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana.
Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus!
"Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA
Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta.
"Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID
Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri.
"Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID
"Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA
Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul!
Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya.
"Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid."
⚠️ No Plagiarism Allowed