BAHAGIA YANG TERTANGGUH
  • Reads 38,748
  • Votes 590
  • Parts 15
  • Reads 38,748
  • Votes 590
  • Parts 15
Ongoing, First published Apr 25, 2017
PENULIS: RISSA AHDIYA
  TAJUK: BAHAGIA YANG TERTANGGUH 
  HARGA : RM24 (SM)/RM27 (SS)
  
  Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori 'anak emak'. Tetapi kalau kategori 'adik kakak' bagaimana pula?
  Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri. 
  
  Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea!
  
  "Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah." 
  
  "Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you." - Azrin Sofea
  
  Talak akhirnya menjadi 'hadiah' bagi segala ketaatan dan kesetiaan Hana. Pengkhianatan Zakwan bagai vonis kematian buatnya. Seluruh hati bagai dicarik dan dicencang lumat, terlalu parah dilukai Zakwan. Lalu, Hana bangkit. Cuba dijahitnya kelukaan itu dengan reda yang ikhlas. Hanya permata hati menjadi kekuatannya. 
  
  ZAKWAN. Tanpa Hana, terasa lompong dan serba tidak kena hidupnya. Senyuman manja Azrin serasa tidak membawa erti. Hati diserbu penyesalan yang tidak kunjung padam. Betapa Hana selama ini banyak berkorban. 
  
  "Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita." - Zakwan .
All Rights Reserved
Sign up to add BAHAGIA YANG TERTANGGUH to your library and receive updates
or
#372generalfiction
Content Guidelines
You may also like
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG) by Anardellqueena
58 parts Ongoing
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di sebuah syarikat yang bernama AR's Holding. 🥀Hannah Audia Seorang gadis yang memiliki senyuman yang manis,ayu dan keras kepala.Dia seorang yang mahir dalam bidang memasak.Memiliki sepasang mata berwarna coklat kehitaman itu menampakkan dia lebih lagi menarik dan cantik. Satu persatu kebenaran mulai terbongkar selepas mereka berdua berkahwin.Tengku Rayden Albert telah menduakan cinta Hannah Audia.Dia menyeksa fizikal dan mental isterinya sehingga membuatkan Hannah Audia mulai membencinya. Hari demi hari,bulan berganti bulan,perilaku Tengku Rayden Albert kepada Hannah Audia telah membuatkan Hannah Audia mulai menjauhkan dirinya daripada Tengku Rayden Albert dan mahu memulakan hidup barunya. Hannah Audia nekad untuk berubah dari semua segi termasuklah hatinya,dia kembali dengan kedinginan yang teramat dalam di hatinya dan dia sudah berjanji dengan dirinya bahawa dia tidak akan menerima kembali 'lelaki' yang telah musnahkan dan hancurkan kehidupannya. "Maafkan abang sayang.Abang nak betulkan balik keadaan kita berdua.Abang betul-betul menyesal akan apa yang telah abang buat dekat sayang beberapa tahun yang lalu.Tolong,kembali kepada abang semula" -Tengku Rayden Albert- "Maaf,perempuan miskin macam saya ni tak layak nak jadi isteri tengku dan berada di sisi tengku.Anggaplah kita berdua sudah tiada jodoh.Berbahagialah dengan pilihan hati tengku yang tengku idamkan selama ini.Saya akan mulai kehidupan baharu saya tanpa tengku." -Hannah Audia- Adakah cinta Tengku Rayden Albert akan diterima kembali oleh Hannah Audia setelah apa yang dia buat kepada Hannah Audia? Adakah mereka berdua akan bersatu kembali? DILARANG PLAGIAT CERITA SAYA❗❗🚫 NO CIPLAK TOO❗🚫 Start: May 2023 End:?
Dendam Eafy ✔️ by aishzy
69 parts Complete
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di atas kematian ayahnya akibat ditembak oleh seorang konco musuh Catch. Mungkin semua sudah tertulis apabila Hanis juga ada kaitan dalam hal ini. Atau lebih tepat, Hanis menjadi mangsa keadaan. HANIS. Bukan main kepalang lagi rasa terkejutnya apabila bangun sahaja daripada pengsan, dia telah berada di sebuah bilik mewah yang sangat asing. Peluang untuk melepaskan diri makin bercahaya apabila kelibat Eafy muncul di ruang mata. Hanis fikir, sahabatnya itu adalah seorang penyelamat. Malah... Lain jadinya! "Kau percaya tak, kalau aku cakap... Aku adalah penculik sebenar?" Didera, diseksa dengan kejam dan lebih teruk lagi, dia diperkosa! Mana sifat belas kasihan lelaki itu? "Kalau aku mengandung, aku akan lari dari sini!" Kata-katanya itu bukan sahaja di mulut. Setiap apa yang dipertuturkan, dia sematkan dalam hati. Andai kata ada janin di dalam kandungannya, maka Hanis akan melarikan diri daripada kurungan Eafy. "Hannah, can I marry your mama?" Setelah apa yang mereka lalui, akhirnya mereka telah mengecapi kebahagiaan berumah tangga. Namun, satu demi satu ujian makin menduga. "Bad news, markas diceroboh polis." ••• Start : 3 October 18 End : 27 Januari 20 Status : Completed Genre : Romance © No plagiarism
You may also like
Slide 1 of 10
Enchanted [COMPLETED] cover
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG) cover
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1• cover
GHADI AQHAR: THE LIONS  cover
Desire And Obsession © cover
AKU MASIH SAYANG KAU [OG] cover
Dendam Eafy ✔️ cover
Kayla cover
Fahim:Attractive Husband [Revamp] cover
Cinta Tak Setaraf [ C ]  cover

Enchanted [COMPLETED]

57 parts Complete

'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kejayaan sehingga mempertaruhkan tahap kesihatan mentalnya sendiri. Sehinggalah suatu saat, pertemuannya dengan lelaki itu mengubah segala galanya. "When I see you, I always feel calm for no reason. You made my day just by exist." - QAIRA ALANA. Seindah itu kah kisah perjalanan mereka? Adakah cinta Qaira tidak akan terbalas sehingga ke akhirnya? Kenapa di saat Rifqi mula menerimanya, pelbagai masalah dan salah faham mula timbul?? Apa sebenarnya erti bahagia? Adakah dia tidak layak untuk bahagia seperti orang lain? "Hidup memerlukan perjuangan, tak ada salahnya kita berjuang demi kebahagiaan sendiri" - TENGKU RIFQI AYDEEN. ....maybe happiness is not for me...? ⚠️ One bowl of sugar ⚠️ Harsh and sarcsm words ⚠️ Two cups of Violence ⚠️ No plagiarism