Kehilangan orang tersayang bukannya perkara mudah bagi Taeyang yang baru sahaja kematian kekasihnya, Chaeyeon. Dia mencintai Chaeyeon separuh mati sehingga tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. Pada suatu hari, Taeyang pulang ke Dream Village, kampung halamannya untuk menenangkan fikiran. Sebaik sahaja tiba di kampung, Taeyang terkejut melihat kelibat seorang gadis sebayanya. Gadis yang bernama Yebin itu adalah anak angkat kepada ibu saudaranya. Pada awalnya, hubungan Taeyang dan Yebin agak kekok tapi lama-kelamaan mereka mula menjadi rapat walaupun mereka sering bergaduh. Pelbagai kejadian lucu berlaku sepanjang Taeyang bergaul rapat dengan Yebin. Adakah bibit-bibit cinta akan timbul antara mereka berdua? Adakah Yebin mampu mengubat hati Taeyang yang lara? Dapatkah Taeyang melupakan Chaeyeon?