Durar Faid. Siapa tak kenal lelaki ini? Anak pemilik syarikat terkemuka di Malaysia. Tapi dia langsung tak ambil peluang. Dia bekerja sendiri sebagai seorang freelance photographer. Gambar hasil karyanya memang cantik. Dia berjaya mempunyai galeri sendiri diusia muda. Tapi sayang, kerana sikapnya yang seperti ais dikutub utara, hingga kini lelaki itu kekal membujang. Ain Maisarah Gadis kalut yang bekerja di sebuah coffee house. Gadis sederhana yang hidupnya biasa-biasa. Tiada yang menarik pada dirinya untuk membuatkan lelaki menoleh dua kali memandangnya. Berperwatakan selamba tapi clumsy, sangat susah untuk diatur. Lelaki beku dan gadis clumsy. Huru harakah dunia? Atau hanya dunia mereka yang berterabur? Mampukah Ain Maisarah menyingkap pesonaliti disebalik topeng wajah Durar Faid? Apa yang dipendam hingga lelaki itu menjadi dingin sedingin ais?