Elara Rose fikir semuanya sudah berakhir. Dia fikir, selepas dia melarikan diri sejauh mungkin, dia boleh lupakan lelaki yang menghancurkan dirinya-Ezariel Rayyan. Tetapi takdir tidak pernah semudah itu. Setahun kemudian, mereka bertemu semula. Di dalam lif yang sama, tetapi kali ini tanpa kerosakan. Tanpa alasan untuk berbicara. Tetapi mata mereka saling bertemu, membawa kembali segala luka yang belum sembuh. Ezariel pernah bersumpah untuk membalas dendam, tetapi kini, dia sedar dia mungkin telah kehilangan satu-satunya wanita yang pernah dia cintai. Namun, sesuatu yang lebih gelap sedang menanti mereka di balik kisah ini. Bayang-bayang masa lalu masih memburu Elara. Seseorang sedang mengawasinya. Seseorang yang tak pernah berhenti menunggu. Dalam takdir yang penuh rahsia ini, adakah cinta masih mampu bertahan? Atau ia hanya satu lagi permainan yang bakal berakhir dengan kehancuran? Start:14/2/25 End: ?
More details