Amaran : Cerita ini tiada sebarang plot yang jelas. Ianya sekadar satu percubaan untuk mengalih perhatian diri. Ianya satu percubaan untuk melihat sejauh mana imaginasi mampu membawa diri ini pergi. Jika anda seorang pembaca yang memerlukan kisah-kisah dengan plot menikam jiwa atau dongengan cinta penuh warna, maka saya dengan rendah hati ingin mengatakan barangkali cerita ini bukan untuk anda. Kerana saya sendiri belum pasti ke mana hala tuju cerita ini akan membawa saya. Saya sekadar mencuba.