Pernah lalui tak, minat dekat seseorang, jadikan seseorang tu crush dan akhirnya crush kau orang tu suka dekat kau orang...balas cinta kau orang semula?
Apa? Tak pernah? Kesian kau orang kan...
Sejujurnya nak beritahu, Z a.k.a Zarith Aulia pun tak pernah lalui semua tu. Cuma mampu melihat kebahagian crushnya dengan gadis-gadis dan gadis yang lain.
Kesian, kan? Itulah, siapa suruh terminat dengan jejaka hot macam Akief Adli yang berperangai kalah bapak buaya tu. Sudahlah bapak buaya, lepas tu tak nak mengaku pula!
Mengenali Akief Adli, seorang lelaki dalam keadaan dia juga tak ubah seperti lelaki tak membawa hubungan itu ke mana. Dan betul, Zarith Aulia pernah terjatuh cinta dengan teman baiknya itu dalam diam! Ditambah dengan permintaan Akief, mahu dia jadi teman wanita lelaki itu buat dia terus berharap.
"Susah-susah, kita je la couple Z." - Akief Adli
"Aku tak ada pilihan?" - Z
Gadis yang berpakaian ala-ala lelaki dengan rambut terpacak itu kononnya tak berminat, walhal sudah menjerit-jerit dalam hati. Siapa tak suka bila crush sendiri ajak dia bercinta. Macam...bulan jatuh ke riba, mengantuk disorong bantal kut!
"Buat masa ni, aku cuba cari chemistry dengan skandal-skandal aku. Dan kau... Aku akan jadikan kau pilihan terakhir aku. Setuju?" - Akief Adli
"Okey. Setuju!" - Zarith Aulia
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees.
Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup.
Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya.
Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai.