Haris Daniel, usianya makin meningkat. 28 tahun, sepatutnya dia sudah menjadi seorang ayah. Atau paling teruk pun seorang suami kepada seorang gadis. Tetapi, dia masih lagi mencari seseorang yang sesuai untuknya. Dia sendiri buntu untuk memilih dan hanya berserah ke ibu bapanya. Tetapi calon isteri yang diberikan oleh mama papanya tidak menepati cita rasa mudanya. Ada yang terlalu muslimah solehah, ada yang terlalu seksi, ada yang tomboy dan macam2 lagilah perempuan yang dicari oleh mereka. Pilihannya, dia mahu seseorang yang biasa dengan agama yang biasa supaya dia boleh mendidik gadis itu. Tetapi, entah lah... mungkin manusia macam tu dah pupus kut dalam dunia ni.
Ariana Miller, sejak usianya 10 tahun, hidupnya dipaksa oleh ibu bapanya yang beragama Kristian dan berasal dari UK dan ibunya dari Malaysia untuk memeluk agama Islam. Maklumlah, kedua orang tuanya sudah memeluk Islam ketika usianya menginjak 10 tahun. Ketika itu dia sudah menginjak remaja yang boleh fikir apa yang baik dan buruk. Dan baginya keputusan ibu bapanya itu sesuatu yang buruk untuknya. Sehinggalah dia dewasa, dia melanjutkan pelajaran ke UK. Tetapi hidupnya bebas seperti orang bukan Islam. Islam baginya hanya pada kertas. Dia masih keras hati untuk menerima Islam. Pakaian mencolok mata, seksi, tidak cukup kain memang sudah biasa bagi Ariana. Semua lengkap pada Ariana. Kecantikan, kepandaian, pendidikan dan segalanya lengkap kecuali satu iaitu agama.
Setelah pulang dari Malaysia, segalanya berubah untuk hidupnya. Begitu juga dengan Haris.
Nak tau cerita selanjutnya, bacalah I Love You Baby!
All Rights Reserved