*wajib baca Neo Amazonz Story Part 1: Blood Sweat and Tears terlebih dahulu barulah anda akan faham keseluruhan jalan cerita* Dua tahun selepas insiden serangan Neo Amazonz berlalu, Hyeseong dan Eunchae yang kini berusia 18 tahun menjalani kehidupan seharian seperti remaja biasa. Namun, ada ketika, mereka berdua rindukan sahabat-sahabat mereka terutamanya Kanon. Pada satu hari. mereka berdua mengambil keputusan untuk mencari Kanon selepas membaca artikel tentang penampakan makhluk terbang yang ganjil di Ghost Mountain. Hyeseong dan Eunchae yakin itu adalah Kanon. Oleh itu, mereka tekad untuk mencari Kanon di situ. Semasa sedang mendaki, mereka bertembung dengan Tzuyu, Neo Amazonz yang masih hidup, tanpa sengaja. Mereka takut pada Tzuyu kerana mereka bukan Neo Amazonz lagi. Mereka tidak boleh berlawan dengan Tzuyu seperti dahulu. Namun, Tzuyu langsung tiada niat untuk membunuh Hyeseong dan Eunchae. Dia ingin memohon maaf atas kesilapannya. Dia juga meminta Hyeseong dan Eunchae membawanya bertemu dengan Kanon. Dia ingin Kanon menyembuhkannya. Eunchae percaya yang Tzuyu sudah berubah sepenuhnya tetapi lain pula bagi Hyeseong. Dia masih meragui Tzuyu dan bersikap dingin dengannya. Sepanjang perjalanan mencari Kanon, mereka bertiga terasa seperti diekori sesuatu. Hyeseong dan Eunchae ingin berpatah balik tetapi Tzuyu tidak membenarkannya. Dia berjanji akan melindungi Hyeseong dan Eunchae dari sebarang ancaman. Adakah Tzuyu akan pegang pada janjinya? Adakah Tzuyu sudah benar-benar berubah? Makhluk apakah pula yang mengekori mereka kali ini? Dapatkah mereka bertemu semula dengan Kanon selepas 2 tahun berpisah?All Rights Reserved