Aliff, Naim dan Anna kembali beraksi setelah bangkit daripada kecederaan Aliff tempoh hari. Perjalanan mereka tidak terhenti disitu setelah mendapat tahu bahawa saka Aliff masih lagi wujud di dalam dirinya, kali ini rakan - rakanya ingin membantu dia melawan saka itu tetapi ia tidak semudah itu apabila ada 'geng' lain yang ingin menghalang mereka. Siapakah geng baharu itu? Dapatkah Aliff melawan kesemua entiti gelap dengan bantuan rakan - rakannya? Adakah saka itu kembali mendapatkan Aliff semula? Baca lebih lanjut untuk mengetahui rahsia Aliff dan rakannya. "Kau belum kenal aku siapa"