Mika, seorang budak lelaki yang dibesarkan di kampung oleh Nek Pah bersama adiknya Mawar selepas ibu bapa mereka ke luar negara selama seminggu. Ibunya berjanji akan menjemputnya apabila pulang ke Malaysia. Penantiannya disambut berita sedih apabila ibunya meninggal dunia kerana kemalangan. Bapanya pula tidak mengambil mereka berdua di kampung malah membina kehidupan baru bersama wanita lain. Tekanan yang dihadapi menyebabkan Mika telah membunuh Mawar dengan kejam. Kejadian itu lansung tidak mengejutkan Nek Pah malah dia membantu Mika untuk menghapuskan mayat Mawar. Setelah beberapa tahun kejadian itu, Mika ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama bapa dan ibu tirinya. Kehidupannya bertambah baik bersama rakan-rakan dan kekasihnya. Namun Mika mula berubah apabila bertindak membunuh kekasihnya sendiri kerana cemburu. Namun begitu, itu bukanlah kejadian bunuh yang terakhir buat Mika. Disebalik pembunuhan yg dilakukan oleh Mika, seorang demi seorang ahli keluarganya turut dibunuh misteri. Mika berasa curiga dan mencari dalang disebalik pembunuhan ini sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis mirip bekas kekasihnya. Pertemuan mereka itu merungkai segala misteri yang mengisahkan dendam keluarga 28 tahun yang lepas. Siapakan pembunuh misteri itu?