Hanani atau gemar dipanggil Hana hanyalah gadis biasa di sekolah. Periang, suka berdamping dengan orang lain dan sopan merupakan sifatnya. Namun segalanya berubah di saat ayahnya memujuk untuk bertunang dengan anak kawannya. Bukan paksa, tapi pujuk! Sebagai seorang anak yang begitu rapat dengan ayahnya, hatinya bagai dirobek tatkala mendengar kata-kata ayahnya. Dia belum habis sekolah lagi dan belum bersedia ada apa-apa ikatan termasuk tunang. Boyfriend pun tiada inikan nak tunang. Yang tunang satu hal, apa yang membuatkan Hana lagi terkejut adalah apabila Hana mendapat tahu calon tunangnya satu sekolah dengannya. Macam mana nak lalui kehidupan di sekolah dengan ada dia? Namun, Hana akan cuba sedaya upaya untuk membatalkan niat ayah dan kawan ayahnya. Sebelum tu, dia perlu memulakan bicara dengan calon tunangnya iaitu Nazhan. Manusia paling poyo di sekolah. Tak bergaul dengan orang tapi semua takut dengan dia entah kenapa. Sakit hatinya apabila Nazhan seakan tidak peduli dengan semuanya. Ditambah pula dengan riak muka yang minta kena lempar dengan batu bersurat. Menyirap darah Hana dibuatnya. Yang pasti pertunangannya perlu dibatalkan walau apa pun. Dia tidak mahu jadi Tunang Terpaksa Nazhan! ☆☆☆Todos los derechos reservados
1 parte