#Love_And_Trust (Kerana Aku Seorang Perempuan Simpanan S2) (Sinopsis) Di dalam sebuah perkahwinan, semestinya setiap pasangan memerlukan kejujuran, kesetiaan, perhatian, kasih sayang dan yang paling utama semestinya kepercayaan. Begitulah apa yang diperlukan oleh Vannessa Deborah dlm perhubungannya dengan Desmond Hattrick. Tiada gunanya bersumpah setia seandainya tidak mampu mengotakannya. Kebahagiaan yg dimilik oleh Debby dan Desmond selama 7 tahun mendirikan rumah tangga hampir hilang sinarnya tatkala gaya dan sifat Desmond semakin hari semakin berubah. Layanannya terhadap Debby dan anak-anaknya semakin kurang. Lantas Debby mengambil keputusan untuk mengambil tahu punca dan sebabnya mengapa Desmond bersikap demikian. Ternyata, kehadiran Brenda, bekas isteri Desmond banyak mengganggu-gugat kebahagiaan mereka sekeluarga ditambah lagi dengan kehadiran Edward yang tidak henti-hentinya menagih cinta dari Debby dan mencari peluang mendekatkan diri dengannya. Debby yang tertekan dengan semua ini hampir mengalah dan sedia mengundur diri andai kata tiada jodoh lagi antara dia dan Desmond namun memikirkan masa depan anak-anaknya yang manja dengan Desmond membuatkan dia buntu dan berusaha mencari jalan penyelesaian untuk semua ini. Mampukah Debby menyelesaikan semua ini dan berhadapan dengan pelbagai rintangan? Adakah dapat dia mengekalkan sinar kebahagiaan keluarganya? Apakah motif Brenda kembali mengganggu Desmond? Semuanya bakal terjawab dlm Love & Trust, kesinambungan daripada Kerana Aku Seorang Perempuan Simpanan. Bakal menemui anda pada 16 Julai ini.All Rights Reserved