Satu amanah yang diberikan untuk aku iaitu membawa pulang Adam ke pangkuan ibunya tetapi persoalannya berjaya kah aku memujuknya pulang atau aku terhimpit bersama alasannya untuk tidak dapat pulang selama ini? "Makcik nak Dee tolong makcik, please nak, tolong cari kan Adam kamu dan bawanya pulang. Makcik akan bagi kamu wang untuk pergi dan pulang serta tempat kamu tinggal selama seminggu disana" pujuk makcik Nailah kepada ku "Tapiii Dee tak biasa berada di luar negara makcik"ujur pula sambil menatap muka makcik Nailah yang memberi sepenuhnya harapan kepadaku untuk mencari anaknya "Apa masalahnya Dee kamu kan pandai berbahasa omputeh. Tolong la Dee ini saja permintaan makcik untuk Dee" "Baiklah makcik Dee cuba untuk makcik dan Adam".ujurku pasrah.