Sungguh, Tulus Menyayangimu
36 parts Complete Usianya baru 18 tahun, namun dia telah mendapat gelaran puan. Fyna gadis sopan yang pernah kecewa kerana kecurangan teman lelakinya di sekolah, berkahwin dengan Ilman, pemuda tampan dan pekerja ayahnya yang paling muda. Ilman merupakan seorang 'playboy' semasa zaman remajanya. Namun berubah sikap setelah kematian ibu yang disayangi. Dia mencintai Fyna ketika saat pertama melihat Fyna lalu bernekad untuk menjadikan Fyna isterinya untuk yang pertama dan akhirnya. Adakah perkahwinan yang bahagia akan dikecapi oleh Fyna dan Ilman?
****
Mereka berteduh sebentar di bawah pondok kecil yang ada. Baju Nura Afyna kebasahan sehingga menampakkan tubuhnya. Hal itu membuat Ahmad Ilman menelan air liur. Nasib baik Fyna dan aku je yang ada dekat sini, desis hatinya. Dia membuka baju T lengan pendek yang dipakainya. Nura Afyna terkejut dengan tindakan suaminya. Gila apa suami aku ni?, gumam hatinya. Dia buat tidak tahu dan hanya menjeling suaminya yang berada di sisinya.
"Sayang, pakai baju ni"
"Kenapa pula, nampak badan ke?"
"Pakai ajelah, nanti orang nampak"
"Bukan jarang pun baju ni, tak naklah baju abang besarlah"
"Banyak cakap pula sayang ni, dah..dah angkat tangan" Nura Afyna menurut kata suaminya dengan mengangkat tangan. Suaminya menyarungkan bajunya ke badan isterinya.
"Abang macam mana, tak sejuk?"
*****
"Tadi tu sape? Main mesra abang dengan dia?" marah Nura Afyna sambil mencampak beg tangannya ke sofa berdekatan katil. Ahmad Ilman segera menutup pintu bilik hotel sebelum ada orang terdengar perbalahan mereka.
"Dia bukan siapa-siapa sayang" jawab Ahmad Ilman dengan nada yang sederhana sambil tangannya memegang lengan isterinya.
"Tipulah abang tak ada hubungan dengan dia" Nura Afyna menepis tangan suaminya. Ahmad Ilman terdiam.
#144 in Romance (3/1/17)
Untuk baca full version, boleh skip ke post last sekali yang bertajuk
"Nak baca full version?" untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.