Setelah kematian ayahnya, Jisung dan ibunya berpindah ke Korea setelah sekian lama menetap di Amerika Syarikat. Ibunya tahu terlalu berat untuk Jisung meninggalkan rumah agam milik ayahnya tetapi keadaan sekarang tidak selamat di sana dan mereka berdua harus menyelamatkan diri dan pulang ke tanah air keluarga ibunya di Korea. Ayah Jisung merupakan seorang ahli koperat yang terkenal dan berpengaruh di Amerika, tetapi setelah ayahnya mati ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali ketika beliau sedang menunggu kereta yang dipandu oleh pemandunya. Dan disitulah Jisung menyimpan dendam dan berjanji akan mencari siapa pembunuh ayahnya.
Detail lengkap