Teringat saya zaman sekolah menengah dulu. Kami ada tujuh orang. Sama-sama duduk asrama. Kami bukannya asrama penuh, sekolah biasa je. Kami datang dari latar belakang berbeza, Aliran yang berbeza, Saya seorang sahaja yang ambil Science Stream. Saya selalu fikir, aku dah lama berjaya, Setiap kali exam mesti naik pentas punya, Satu hari saya tengok kawan-kawan saya yang tujuh orang ni. Semua ada potensi! Cuma tiada motivasi. Apa yang saya buat. Saya ada kuasa sebagai Exco Kerohanian. Benda first sekali saya tekankan ialah Solat. Memang liatlah, kawan kan. Lepastu baca Al-Quran. Yang tak tahu tu, saya ajarlah. Sebab malu nak cakap dengan ustazah tak pandai baca. Then saya pasakkan pada minda. "Kita masuk universiti sama-sama" Benda ni bukan sehari dua tau. Dalam dua tahun nak SPM, Bila ada yang leka sama-sama ingatkan. Bila ada yang tergelincir dari landasan, kita tarik. Sebab Aim dia, Nak masuk universiti sama-sama. Jadi bertungkus-lumuslah belajar. Saya dengan periodic tablenya, Dia dengan papan lukis besar tu, Dia dengan akaun imbang tak imbang. Dia dengan nak hafal segala fakta. Orang sekeliling tak nampak pun kejayaan kami di situ. Tapi, saya nampak! Sebab saya yang aim macam tu. Tapi at the end... Waktu result UPU keluar.. Guess what? Saya yang tak dapat tawaran UPU. Dan saya tak masuk mana-mana universiti Nak tahu sebab apa? Nak saya sambung ke?All Rights Reserved
1 part