Story cover for ALAHAI CIKGU SAYANGKU (ON GOING) by AdahSyuhadah_
ALAHAI CIKGU SAYANGKU (ON GOING)
  • WpView
    Reads 138,283
  • WpVote
    Votes 4,123
  • WpPart
    Parts 62
  • WpView
    Reads 138,283
  • WpVote
    Votes 4,123
  • WpPart
    Parts 62
Ongoing, First published Aug 07, 2017
Kadang-kadang, cinta tak hadir dengan indah. Ia datang dalam bentuk yang paling mengelirukan... dan paling degil.

Cikgu Ayuni membawa diri ke sekolah baru dengan satu niat - melupakan bayang silam yang masih menghantui. Dia tak sangka, cabaran pertamanya bukan murid-murid biasa, tapi seorang pelajar lelaki bernama Tengku Muammar yang cukup menjengkelkan.

"Aku tak pernah anggap kau cikgu aku !" - Tengku Muammar

Mulutnya pedas, perangainya sukar dijangka. Tapi dari celah kenakalan yang menyakitkan hati itu, muncul sisi yang tak pernah Ayuni duga - sisi yang melindungi dan buat dia rasa selamat... dalam diam.

"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu." - Tengku Muammar

"Am?!! Am sedar tak dia cikgu Am ?!!" - Puan Hajar

Satu kejadian hitam menyatukan mereka. Satu janji yang tak pernah serius akhirnya membawa kepada perkahwinan yang mula mengganggu kewarasan. Ayuni cuba menolak. Tapi Muammar, dengan gaya selambanya, terus menakluk ruang hidup Ayuni satu demi satu.

"Biarlah orang tahu. Lama-lama simpan pun akan tahu juga. Bukan aku tak tahu si Fahmi guard tu sibuk mengorat bini aku ni. Cikgu Zairi tu pula nama je cikgu tapi sibuk ke hulu hilir ikut bini aku ni. Dah lah tua tak sedar diri." - Tengku Muammar

"Hey! Mulut awak ni boleh tahan juga ya? Cili baru tahu!"- Ayuni Zahara

" Banyak pun boleh. Nampak vougue sikit macam Dato Vida." - Tengku Muammar

Di sebalik semua tawa dan usikan, wujud ancaman yang kian mendekat. Masa lalu yang tak pernah reda kini kembali menuntut. Dendam yang lama tersimpan kini menghuru-hara kan hidup mereka berdua.

"Kau takkan boleh lepas dari aku Ayuni. Kalau aku tak boleh dapat kau, Muammar pun tak boleh dapat!" - Naim

"Sebab kau kakak aku mati! Sebab kau juga keluarga aku hancur !" - Zed Amri

"Anak ni anak aku dan Am! Kau perampas ! Perempuan sundal ! Kau tak layak bahagia !" - Qaira

Antara rasa takut, keliru dan perasaan yang semakin sukar ditepis... mampukah Ayuni dan Tengku Muammar bertahan demi cinta mereka ?
All Rights Reserved
Sign up to add ALAHAI CIKGU SAYANGKU (ON GOING) to your library and receive updates
or
#339cikgu
Content Guidelines
You may also like
Akulah.. ARYANA ( Sudah Terbit )  by Mell_Mariann
12 parts Complete
Sinopsis : TERBIT APRIL 2017 (under TROP publication.) Rm24sm/Rm27ss PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku hingga ke detik itu. Malam pertama yang kusangka bahagia bertukar malam paling sengsara... "Kau jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak sanggup? Cakap!" - Hakim AYDAN, hadirnya dia memberi aku nafas baru. Di mana masih ada mentari yang sudi menyinari hidupku yang kelam. Di mana masih ada bahagia walau duka selalu menyapa. "Arya, Aryana... Izinkan saya menghapus air mata awak. Kahwin dengan saya?" - Aydan SEGALANYA indah. Aku dan Aydan. Namun... "Dah terlambat perempuan. Aku dah cakap jangan cari fasal dengan aku. Kalau kau jadi bini aku baik-baik dulu, kau dah senang-lenang sekarang. Tapi kau degil! Kau menyundal! Perempuan sundal tempatnya di sini!" - Hakim. "Cinta? Happy love story hanya untuk watak dalam drama. Dalam novel. Bukan orang macam kita. This is real life sayang. Kau takkan dapat bahagia yang macam kau harap tu. Face it!" - Haryani "Aydan, kenapa awak tak cari saya? Adakah awak sudah lupakan saya?" - Aryana. Aku menangis sendiri di dalam bath tub itu. Sememangnya aku tidak pernah tidur di sebelah lelaki yang melangganiku. Aku jijik. Jijik dengan apa yang aku lakukan! "Tolonglah Aryana. Saya minta sangat... Tolonglah bagi peluang untuk kita bahagia. Bagi saya peluang untuk saya bahagiakan awak." - Aydan MASIH layakkah aku yang hina ini untuk lelaki sebaik dia? Masih layakkah aku peroleh bahagia? Dan masih adakah cinta lagi setelah hidupku musnah akibat lelaki durjana dan cinta yang memeritkan?
𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘! by Izayhss
65 parts Complete Mature
Perbezaan umur bukanlah satu halangan. Walaupun umur mereka tidak sepadan dan jauh beza, ia tidak menjadi penghalang untuk mereka melakar memori indah bersama. Hidupnya yang dipenuhi dengan dosa akan segera beransur dengan kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya. Namun, perkara itu menjadi satu halangan apabila Tengku Rayqal Raiz turut merupakan salah seorang mafia. "How much?", "Huh? Harga apa?", "Hantaran you ", Siapa sangka gadis yang paling benci akan lelaki ini telah berjaya ditambat oleh seorang lelaki yang berlanjutan usianya. Namun, tetap sahaja sikap dingin itu masih tersemat di dalam dirinya. "Apa masalah Tengku ni, hah? Memang lahir-lahir terus jadi ulat bulu eh?" - Eyrah Elyana. Hubungan mereka semakin lama semakin rapat sejak Tengku Rayqal Raiz membawanya ke majlis makan malam. "You should marry daddy, I swear " - Tengku Raysha Radia. "Raysha nak you jadi mummy dia"- Tengku Rayqal Raiz "Tengku dah gila ke apa? Saya tak sesuai jadi ibu kepada anak Tengku. Diri saya pun tak terurus apatah lagi bila saya dah jadi isteri Tengku nanti"- Eyrah Elyana Hari demi hari, perasaan itu semakin berubah ke arah sayang. "Tengku nak kahwin dengan saya?"- Eyrah Elyana Bolehkah mereka membina mahligai yang tenang dan aman seperti pasangan lain? "I can be the best and the worst"- Eyrah Elyana. "If you want to feel my bullet, please make a mistake" - Aleeya Qalyssa. "The day of your death is the day of my happiness" - Zayn Zayris. "Don't you dare disturb us. My friends are too dangerous" - Diana Dayana. ⛔ Bahasa kasar - carut ⛔ Aksi ganas ❗Abaikan Typo ❗Abaikan tatabahasa dan grammar
C | PERCATURAN CINTA YANG SEMPURNA by IntanFarhanim4
89 parts Complete Mature
7 tahun lepas detik dimana segalanya mengubah dia, selepas 7 tahun dari masa gelapnya itu menjadi Intan Farhaniez yang baharu. Dan sehinggalah, kedatangan Syakir Imran yang mula menghantui Intan Farhaniez semula " Kenapa dia datang sini balik? Kenapa dia kena muncul sekarang?" - Intan Farhaniez Kali ini, sikap dan layanan baik Syakir Imran terhadapnhya membuatkan Intan Farhaniez makin menjauh kan diri. " Setiap kali aku datang dekat kau. Selalu sahaja kau nak lari. Kenapa?" Syakir Imran " My own business. Suka hati aku lah. Itu bukan urusan kau!" - Intan Farhaniez " Do you still hate me. Intan Farhaniez?" - Syakir Imran Semakin jauh Intan Farhaniez mencuba menjauhi, semakin Syakir Imran mendekati gadis tersebut. Sehinggakan satu ketika yang membuatkan Intan Farhaniez sendiri tidak menyangka. " Apa kau buat ni Syakir! Apa yang kau fikirkan ni? Kalau ye pun, bukan dengan cara ni. Aku tak nak kahwin dengan kau! No way!" - Intan Farhaniez. " Aku nak jaga kau Intan. Aku..aku.. nak hidup dengan kau. Aku nak jadikan kau sebagai bidadari dalam hati aku. Aku ikhlas Intan." - Syakir Imran Di saat mereka bermain tarik tali, muncul Tengku Azril Naufal tiba-tiba entah mengapa datangnya melamar Intan Farhaniez untuk di jadikan isteri. " Kenapa tiba-tiba Tengku meminang saya? Kenapa saya?" - Intan Farhaniez " Sebab saya sukakan Farhaniez. Daripada kali pertama kita jumpa lagi. Awak dah buat saya terpikat dengan awak. Jadi Dr. Intan Farhaniez." - Tengku Azril Naufal. Buntu! Sungguh kini Intan Farhaniez buntu. Seperti di telan mati emak, di luah mati ayah. Apa yang harus Intan Farhaniez lakukan sekarang? " Fikirkan Intan. Aku akan tunggu sampai kau berikan jawapan sesungguhnya." - Syakir Imran " Apa pun pilihan Intan, saya akan terima. Mungkin ada jodoh kita. Allah akan tunjukkan." - Tengku Azril Naufal Apakah ada pengakhiran untuk mereka? " HATI YANG LUKA MULA DI RAWAT DENGAN KEHADIRAN MU SEMULA"
Tertulis Di Tangan Takdir by puccaontas
32 parts Complete
Bila gadis introvet yang memiliki wajah yang cantik dan kulit yang mulus tetapi tidak sukakan perhatian perlu menikahi seorang pewaris syarikat koglomerat berpangkat Tengku? Tapi, FIRYAL HANINAA tak mahu jadi perampas kebahagian orang. Kerana lelaki bernama Tengku itu tunang sahabatnya sendiri. Takdir yang tertulis buatnya terus berjalan apabila mamanya mahukan dia memikat lelaki yang merupakan tunang sahabat baiknya sendiri. "Mama nak Fir pikat Tengku Fahd!" Datin Zulaikha. Firyal sendiri tidak sanggup sekiranya dia haru melukakan Nayla. Namun begitu, semua urusan Tuhan berjalan di atas tangan takdirnya sendiri. Firyal dipaksa menikah dengan Tengku Fahd Idlan apabila mereka berdua didapati sedang berdua-duan di kediaman keluarga Tengku Fahd sendiri. Ditangkap basah angkara seseorang. Hal itu menjadi rahsia besar buat Firyal. Kerana dia tahu siapa dalang disebaliknya "Make him fall for you!" Yuhaira Wardah "Mengarut!" Firyal Haninaa. Sikap, kewibawaan, kebolehan dan ketampanan yang dimiliki suaminya merubah Firyal menjadi wanita solehah. Rasa cinta buat suaminya mula subur dan mekar mewangi. Dia mula sayangkan suaminya. Hubungan kasih sayang antara dia dan Tengku Fahd mula terjalin. "Why are you so nice to me?"soal Firyal. "It's because you are the weirdest most beautiful person that I've ever met in my whole entire life..." jawabnya berbisik. Wajahnya hanya seinci dari wajah Firyal. Firyal mula terjatuh cinta dengan suami sendiri. Kemudian kepulangan semula Nayla untuk menuntut haknya mengganggu gugat kebahagian rumah tangganya. Dia menganggap sebagai seorang Firyal perampas dan mengetahui rahsia yang disimpan Firyal selama ini. Apakah riaksi Tengku Fahd sekiranya mengetahui rahsia yang disimpan oleh Firyal? Akan terus bertahankan rumah tangga yang terbina? Bagaimanakah pula pengakhiran takdir cinta Firyal Haninaa buat suaminya? Teruskan membaca untuk ketahui kisah selanjutnya...
OMG! Ketua Pengawas Itu Suami Aku? [C] by husnaadlina
42 parts Complete
Orang tua selalu kata, ada beberapa pantang antara lelaki dan perempuan. Antaranya, jangan gaduh kerap sangat. Nanti ketemu jodoh. Dan kata kata itu tepat terkena batang hidung Tengku Daniel Aizeriq dan Cinta Aryana. Tengku Daniel Aizeriq Siapa tak kenal. Ketua pengawas yang digeruni dek kerana terlampau tegas and garang mengalahkan guru disiplin. Salah sikit cuci tandas, salah sikit lari padang lima pusingan. Yang paling penting beku, dingin, muka handsome je tapi tak pernah dihiasi senyuman Cinta Aryana Suka loyar buruk, peramah, comel, minah kecoh. Peminat boleh tahan ramai lah juga. Pertemuan dia antara dua insan yang berbeza sikap ini mewujudkan perang mulut yang tak henti henti sampai mereka bergelar suami isteri. "Asal kau tak pakai name tag?"- Tengku Daniel Aizeriq "Saya tak sempat jahit semalam. Lagipun hari ni hari pertama saya bersekolah di sini"- Cinta Aryana "Ada aku kisah hari pertama ke, malam pertama ke.Salah tetap salah. Sebagai denda kau pergi sapu longkang dekat koperasi"- Tengku Daniel Aizeriq Pantang berjumpa pasti ada je yang nak digaduhkan. Yang lelaki suka cari gaduh. Yang perempuan pula melawan. Bila mereka disatukan tak hancur ke rumah? "Ingat dah hebat sangat ke lawan suami? Esok pagi lari padang lima pusingan"-Tengku Daniel Aizeriq "Apa?!"- Cinta Aryana "Pastikan kau buat, Kalau tak buat aku heret kau masuk bilik"- Tengku Daniel Aizeriq Tapi bila setiap hari duduk sebumbung, setiap jam bergaduh, setiap saat bersua muka takkan tak ada langsung perasaan cinta kan? "Handsome lah waiter tu"- Cinta Aryana "Kau jangan buat perangai"- Tengku Daniel Aizeriq "Elehhh... cemburu"- Cinta Aryana. "Mana ada"- Tengku Daniel Aizeriq. "Orang tua kata kalau lelaki tu cemburu tu maknanya dia sayang perempuan tu"- Cinta Aryana
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C  by Qeyraawr
45 parts Complete
𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka seperti anak sendiri. Dan sejak itulah, semuanya berubah. Tengku Aydan Iskandar, budak lelaki yang dulu suka berperang mulut dan buat hidup Hera tak tenteram, semakin menjauh. Dingin. Sinis. Tetapi siapa sangka, selepas bertahun membawa diri ke menara gading, si enemy zaman kecik itu pulang dengan pakej yang langsung tak dijangka. Tinggi. Kacak. Cold. Diva kalah perempuan. Dan paling tak boleh terima... dia masih menyakitkan hati. Lagi parah, Tengku Aydan rupanya menyimpan satu identiti rahsia-sisi lain yang langsung tak selari dengan personaliti 'Tengku bossy' yang Hera kenal. 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐘𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑. Dia kembali bukan untuk berdamai. Tetapi untuk 'memiliki'. Demi satu syarat bagi mewarisi legasi bapanya, mereka berdua dikorbankan dalam perkahwinan yang langsung tak diingini. Dia bertekad untuk tak jatuh cinta. Tak akan beri ruang pada 'anak angkat' yang dianggap orang luar. Tapi... dia juga manusia. Dan kebencian yang dulunya membara, perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang dia tak mampu dustakan. "Kau? Pertama kali kau guna panggilan tu. Kau... kau betul-betul dah bencikan aku?" - TENGKU AYDAN ISKANDAR "Infinity. Itu sejauh mana aku benci kau." - HERA QISTINA Namun takdir itu ikonik. Semakin mereka cuba menjauh, semakin hati mendekat. Dan dalam perang antara ego, dendam dan perasaan, siapa yang akan tersungkur dulu?
You may also like
Slide 1 of 9
Akulah.. ARYANA ( Sudah Terbit )  cover
𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘! cover
C | PERCATURAN CINTA YANG SEMPURNA cover
Tertulis Di Tangan Takdir cover
Precious Blue Iris (Completed) cover
OMG! Ketua Pengawas Itu Suami Aku? [C] cover
BODYGUARD TENGKU ZYA cover
𝐇𝐚𝐢𝐟𝐚 : 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐫𝐞 | C cover
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C  cover

Akulah.. ARYANA ( Sudah Terbit )

12 parts Complete

Sinopsis : TERBIT APRIL 2017 (under TROP publication.) Rm24sm/Rm27ss PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku hingga ke detik itu. Malam pertama yang kusangka bahagia bertukar malam paling sengsara... "Kau jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak sanggup? Cakap!" - Hakim AYDAN, hadirnya dia memberi aku nafas baru. Di mana masih ada mentari yang sudi menyinari hidupku yang kelam. Di mana masih ada bahagia walau duka selalu menyapa. "Arya, Aryana... Izinkan saya menghapus air mata awak. Kahwin dengan saya?" - Aydan SEGALANYA indah. Aku dan Aydan. Namun... "Dah terlambat perempuan. Aku dah cakap jangan cari fasal dengan aku. Kalau kau jadi bini aku baik-baik dulu, kau dah senang-lenang sekarang. Tapi kau degil! Kau menyundal! Perempuan sundal tempatnya di sini!" - Hakim. "Cinta? Happy love story hanya untuk watak dalam drama. Dalam novel. Bukan orang macam kita. This is real life sayang. Kau takkan dapat bahagia yang macam kau harap tu. Face it!" - Haryani "Aydan, kenapa awak tak cari saya? Adakah awak sudah lupakan saya?" - Aryana. Aku menangis sendiri di dalam bath tub itu. Sememangnya aku tidak pernah tidur di sebelah lelaki yang melangganiku. Aku jijik. Jijik dengan apa yang aku lakukan! "Tolonglah Aryana. Saya minta sangat... Tolonglah bagi peluang untuk kita bahagia. Bagi saya peluang untuk saya bahagiakan awak." - Aydan MASIH layakkah aku yang hina ini untuk lelaki sebaik dia? Masih layakkah aku peroleh bahagia? Dan masih adakah cinta lagi setelah hidupku musnah akibat lelaki durjana dan cinta yang memeritkan?