Lucinda dan Emmet kembali ke dunia manusia untuk mencari pembahagian roh Suez Knessdar Fothe. Mereka berdua terpaksa merantau seluruh dunia manusia demi mencari pembahagian roh itu. Namun, setiap perjalanan mereka diduga dan diuji dengan pelbagai halangan.
Konco-konco Suez Knessdar Fothe tidak pernah berhenti mengejar mereka berdua. Walaupun hidup Lucinda penuh dengan ujian tetapi dengan Emmet di sampingnya, Lucinda tidak pernah berputus asa. Sementara itu, keadaan di dunia magik juga tidak begitu baik kerana tanpa The King of Envoy, orang-orang Suez Knessdar Fothe melancarkan peperangan tanpa henti. Walau bagaimanapun, Tadashi dan teman-temannya tetap bertahan sehingga kepulangan Lucinda dan Emmet.
Di samping itu, dua belas orang mage juga turut menerima tekanan apabila pertandingan League of Mage Arena semakin dekat dan Professor Roosevelt Evan mengarah orang-orangnya untuk mencari mereka agar mereka kembali ke The School of Magic serta menyertai pertandingan tersebut.