Balqis tahu dirinya bukan perempuan yang sempurna. Kisah silam yang gelap menyebabkan dia benci pada cinta, takut pada komitmen. Segalanya belum selesai, namun hatinya sudah merasakan bahawa Haiqal adalah cinta yang ditunggu. Haiqal sedar bahawa ego dirinya tidak dapat di bawa ke mana mana. Semakin hari, semakin kuat cintanya pada Balqis. Namun, masa silamnya yang mengikat dirinya untuk mencintai mana mana wanita. Namun sejauh manakah cinta itu boleh disembunyikan? Masa berputar begitu pantas, dan hati menjerit, cinta tidak diluah, menyebabkan masing masing tersepit antara perasaan sendiri mahupun orang lain
3 parts