Orang lain bercinta, dia pun nak bercinta. Orang lain bahagia, dia pun nak bahagia. Tapi dia tak ingat kalau bahagia itu ikut point of view. Point of view bahagia Nura dan Mo a.k.a Muhaimin sebenarnya bagai langit dengan bumi. Tapi, kedua-duanya dicampak ke dalam satu takdir yang menjadikan mereka suami dan isteri! Kalau begitu, bolehkah Nura-Mo menjadi ideal couple of the universe kalau Nura ingin naik roket NASA ke bulan manakala Mo hanya mahu naik KTM dari Kluang ke Georgetown? Jadi, blueprint bahagia siapakah yang sebenarnya menjadikan Nura-Mo bahagia? "Saya ingatkan awak faham Mo. Faham impian saya...impian saya..." - Nura "Jadi memang dari mula lagi saya bukan part of the plan. Saya cuma free loader dalam dream ride awak. Now saya faham. Dan maaf saya tak faham impian awak Nura." - Mo a.k.a Muhaimin