Nama diberi Dinie Alauddin. Sekian lama hidup menduda selepas pemergian isterinya, hatinya tertutup rapat untuk menerima perempuan lain di hatinya. Hidupnya bahagia dengan kedua-dua anaknya Nia dan Naim. Setelah puas dinasihati oleh Rashid, sahabatnya, Dinie Alauddin terbuka hati untuk mencari pembantu rumah bagi menguruskan anak-anaknya. Kehadiran Eijaz Fadwa sebagai pembantu rumah pada mulanya bertukar menjadi cinta tanpa disangka-sangka. Dinie Alauddin nekad untuk menikahi Eijaz Fadwa. Namun banyak halangan yang menimpa membuatkan dia terpaksa berkahwin dengan sepupunya, Amelia. Demi menutup satu rahsia besar, Dinie Alauddin akhirnya akur. Perkahwinan antara Dinie Alauddin dan Amelia disertai dengan sebuah perjanjian. Bila tiba masanya, Dinie Alauddin akan melepaskan Amelia pergi. Baginya tidak mungkin dia akan terjatuh cinta pada sepupunya sendiri. Itu mengarut. Selepas semuanya terbongkar, Eijaz Fadwa pula membawa diri. Eijaz tak dapat menerima hakikat bahawa dirinya dikhianati buat kali kedua. Dinie Alauddin gelisah. Selepas segalanya terbongkar, mereka tidak lagi berhubung seperti selalunya. Hari demi hari Dinie Alauddin terima saja takdir hidupnya. Saat hatinya mula menerima Amelia sebagai isterinya, Amelia pula pergi meninggalkan dirinya. Dinie Alauddin sekali lagi terduduk. Dia merasakan dia tidak layak untuk berasa bahagia seperti insan lain. Abang mula sukakan Lia. Lia jangan tinggalkan abang sayang. - Dinie Alauddin Perjanjian harus ditunaikan bang. Setiap hari Lia cuba buang perasaan sayang Lia pada abang. Tapi bila Lia tiada lagi rasa cinta pada abang, bermakna Lia sudah tidak cintakan abang seperti dulu. - Amelia Dinie Alauddin sekali lagi terduduk. Semua orang tinggalkannya. Dia pasrah sekiranya dia perlu hidup menduda sampai bila-bila. Ini takdir hidupnya. Takdir seorang insan bernama Dinie Alauddin. Ya, Dinie Alauddin.
More details