Nyawa seseorang hampir melayang tatkala cuba membantunya. Nur Delisha menjadi semakin takut dan bimbang. Lelaki itu... bagaimana harus aku mencari dan membalas budinya? Zulfan Zayyan... kehadirannya pada malam itu telah menyelamatkan hidup seorang gadis walaupun nyawanya menjadi taruhan. Dia akan mencari dan cuba membantu gadis itu lagi. Khalish Adam... dia akan melindungi gadis yang pernah bertakhta di hatinya sebaik mungkin. Dan buat sang pemilik hati, cinta kita pasti akan menemui kebahagiaan. Kesilapan yang lalu membuatkan Almira Zahra benar-benar menyesal. Sudah terlambat untuk menebus segala-galanya. Muncul seseorang, menyebabkan hatinya terdetik dengan rasa itu lagi. Kisah silam menyebabkan Black menjadi begitu kejam dan dia akan pastikan bahawa dia akan musnahkan sesiapa sahaja agar matlamatnya tercapai. "Delisha, awak yang buat saya jadi macam ni. Awak tak boleh tinggalkan saya." - Zulfan Zayyan. "Budi awak memang tak terbalas. Saya akan jaga awak sampai awak sembuh." - Nur Delisha. "Dan saya akan sentiasa lindungi orang yang saya sayang dan cinta... orang tu, awak... sebab saya dah sedar yang sebenarnya saya cintakan awak." - Khalish Adam. "Hanya orang yang betul-betul ambik berat pasal awak boleh rasa ada yang tak kena dengan awak, bila awak diam..." - Almira Zahra. **Sudah Diterbitkan**