• SIRI PERTAMA • COMPLETED at 13 June 2020 • In editing (some parts have been unpublished) ❁❁❁❁❁ Siri percintaan yang penuh dengan onak duri. Jangan sangka ini kisah cinta tentang perempuan yang mampu menggamit bahagia. Kehilangan berganti kehilangan bukan keinginannya. Tetapi, keinginan Tuhan yang Esa. "Saya dah bangun macam yang awak mahukan. Sekarang, tolong. Berhenti menangis." - FARISH HAYKAL "Itu saja yang saya mampu buat." - SYAURAH IMANI Namun, dalam kesulitan menerima takdir, hati memujuk supaya reda. Kekentalan hati membawa ke dunia baharu. Aturan Tuhan hebat, dalam berjuta-juta manusia dari pelbagai pelosok, Dia menyatukan dua hati dalam tidak sedar, cinta kian berputik sejak masjid mereka dibina. "Sebab dah sayanglah! Kalau awak tinggal saya satu hari nanti, saya rasa saya boleh gila." - SYAURAH IMANI "Sekarang pun dah gila." - ARASH RAFREEN Ternyata, kemunculan seorang lelaki dalam hidup Syaurah Imani membawa sinar baru. Senyum tawanya terlakar dalam tidak sedar. Hidupnya berubah. Demi Tuhan, dia bahagia dengan lelaki ini. Walaupun cuma seketika. Setelah satu demi satu dugaan melanda.. Seutuh mana janji diikat, sekuat mana lafaz cinta, sehebat mana kuasa cinta, dia tewas. Lemas dalam lautan dendam, terjerat dalam sangkar ciptaan Si Busuk Hati. Utuh lagikah cinta mereka? Kuatkah mereka? Arash Rafreen buntu. Patutkah dia melepaskan gadis ini sedangkan dia terlalu cinta? Ya, kerana itulah takdir. Takdir yang perit untuk diterima namun apakan daya. "You left too soon. I wasn't done loving you yet. You're my last forever, my one and only."
11 parts