HENDRICO: MY DARLING DARLA (Slow Update)
19 parts Ongoing Darla tidak pernah menyangka, lelaki bernama Rico yang mahu meminangnya bukan sekadar lelaki biasa. Keluarga Rico terkenal dengan kekejaman dan rahsia gelap, membuatkan hati Darla enggan menerima lamaran itu sedangkan dia tidak pernah mengenali Rico.
Namun, nasib mempertemukannya dengan Hendri, nama yang digunakannya ketika menyembunyikan identiti sebenar. Hendrico berpura-pura buta, hanya untuk mendekati Darla dan menambat hatinya dengan cara yang paling unik.
Hendri.
Rico.
Dan, Hendrico.
Tiga nama tetapi mereka adalah orang yang sama.
Apa yang Darla tidak tahu, setiap senyuman dan perhatian Hendrico hanyalah sebahagian daripada strategi Hendrico. Tetapi semakin mereka rapat, semakin sukar baginya menafikan rasa yang mula tumbuh.
"Why are you acting so shy with me, Darla? Don't tell me I make your heart race?" - HENDRICO
"Jangan nak perasan!" - DARLA ERMINA
Kehidupan mereka yang mula tenang terganggu apabila ayah Hendrico, Otello, campur tangan. Sebuah tragedi hitam menimpa keluarga mereka. Otello menunding jari kepada Darla kerana memusnahkan keamanan yang mereka bina.
"Untuk puaskan hati semua orang, saya nak Hendri ceraikan saya. Lepas ni, takkan ada siapa-siapa yang akan terseksa lagi termasuk saya." - DARLA ERMINA
Kini Hendrico harus memilih antara keluarga dan cinta sejatinya. Dengan segala keberanian dan pengorbanan, dia menentang kuasa gelap keluarganya demi melindungi Darla.
Dalam permainan tipu dan rahsia ini, cinta mereka diuji. Apakah cinta mereka cukup kuat untuk menentang semua?
"Son, new beginnings are often disguised as painful endings." - OTELLO
"Grab your coat, leave your phone, and run away with me, mia regina..." - HENDRICO
*no plagiat allowed!!