Dia permata hati.
Dia syurga duniawi.
Dia ibu,
yang sudah kembali ke pangkuan ilahi.
berkisahkan pengalaman yang aku sendiri lalui dan rasai. Betapa tuhan menguji hamba lemah ini dengan pemergian mak tercinta.
di saat aku sangat memerlukan pelukan hangat,
dia tiada lagi.
di saat aku sangat perlukan dorongan,
dia takkan muncul lagi.
apa yang aku harus lakukan?
menangis tak henti?
sedih meratapi?
perginya meninggalkan seribu satu kenangan yang takkan terlupakan.
untuk kalian yang masih punya ibu,
hargai tika bersama.
sayangi sepenuh jiwa.
cipta kenangan sebanyaknya.
jangan bila tiada nanti,
kau tercari dan meratapi.
kerana perginya ..
takkan kembali..
takkan kembali..
takkan kembali.
Ibu, Syurga kita.