Puteri Tantiana @ Tia, merupakan puteri pari-pari dari negara Sakura di dunia Kejora. Puteri bongsu ini dihantar turun menetap di Teratak Melur, Bumi selepas sejak kecil lagi. Beliau merupakan puteri bongsu yang disisih keluarga dek kerana rahsia sulit diantara bonda dan ayahandanya ketika beliau dilahirkan.
Keberadaan Tia di dua dunia membuatkan datuknya, Raden Indra melatih dan memdidik Tia dengan pelbagai ilmu kehidupan. Raden mempersiapkan Tia agar mampu menjaga dirinya sendiri satu hari nanti.
Tia yang belum diputerikan di Sakura dipanggil pulang ke dunia Kejora apabila abang dan kakaknya ditangkap oleh Putera Sharid kerana melanggar sumpahan di tanah pemerintahannya, Pulau Matahari.
Demi kasih dan sayangnya pada abang dan kakaknya yang terpenjara di Pulau Matahari, Tia kembali ke Sakura. Namun, untuk membebaskan abang dan kakaknya bukanlah satu tugas yang mudah. Putera Sharid menggunakan tipu muslihat agar Tia turut jatuh ke tangannya.
Kemunculan Putera Nashrid bersama bantuan untuk membebaskan abang dan kakaknya buatkan Tia serba salah dan bingung. Bantuan itu bersyarat agar Tia menjadi permaisurinya untuk menjamin negara Sakura dilindungi daripada kekejaman dan ancaman Putera Sharid.
Siapakah Putera Nashrid? Dan apakah keputusan Tia? Jom sama-sama layari kisah Berani Kerana Kasih ini sampai ke penamat.
Cerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja ditukarkan dan mungkin 'sidekick characters' sahaja yang menggunakan nama sebenar.
Ada juga watak-watak yang direka untuk menyedapkan jalan cerita.
Ada beberapa jalan cerita yang tidak berkaitan dengan adegan intim adalah adegan sebenar penulis sendiri