46 parts Complete Penjodohan? Ah, siapa saja yang suka!
Tapi berbeza pula dengan perempuan bernama Aileen ini. Dikala semua orang membenci penjodohan, dia pula terlebih menyukainya. Dipadankan dengan Jovian Luthfan, si kaya yang kacak maut hingga berjaya membuatkan dia sanggup buat apa sahaja demi meraih cintanya yang bertepuk sebelah tangan.
Peribadi mereka? Bagaikan langit dan bumi. Jauh bezanya bila Luthfan yang utuh dengan sikap dinginnya berganding dengan isterinya, Aileen yang bersikap gila-gila, sengal, penggoda dan terkadang terlebih aktif tak kira tempat.
"Kau ni memang, kan?!" -Luthfan
"Eh tak lah. Saya Aileen. Siapa memang?" -Aileen.
Dia memang gila. Tapi gilanya hanya mampu dilihat oleh orang terdekat. Dan sudah tentu, bila namanya sudah Aileen Casandra, jangan pernah mencabar kesabarannya. Jangan biarkan sisi gelapnya melangkah keluar kalau tidak mahu nyawa melayang sia-sia. Terutamanya yang melibatkan suaminya, Luthfan.
Jangan pernah sentuh suami aku, itu pesan Aileen kepada semua wanita yang berani mengganggu suaminya.
Protective wife? Yes.
Hati si suami cuba diraih tanpa lelah. Biarpun banyak ujian yang datang menggegarkan hubungan mereka , namun Aileen cuba untuk bertahan. Bila dua hati mereka mula bersatu tanpa rasa mahu melepaskan lagi, datang pula misteri dan tanda tanya yang timbul bila Alan, sahabat baik Luthfan muncul dan menghuru-harakan hidup Aileen.
Siapa Alan?
Apa hubungan Alan dan Luthfan yang sebenarnya?
Kenapa hati ini selalu rasa sesuatu bila bertatap mata dengan dia?
Adakah aku jatuh cinta dengan dia, atau hati ini hanya simpati dengan dia?
Aileen buntu!
Deja vu? Tapi otak langsung tak mengingat apa-apa.
Bila misteri dan rahsia akhirnya terbongkar, Aileen cuba untuk mengimbangkan diri dan bertahan agar tidak tersungkur jatuh menerima hakikat yang teramat memedihkan. Lagi sakit bila Aileen mendapat tahu bahawa Luthfan terpalit sekali dalam rahsia ini.
Rahsia apa?
Silakan dibaca...