Ditinggalkan selama dua tahun tanpa sebab oleh suaminya membuatkan Malissa nekad ke Florence, Itali demi sebuah jawapan.Takdir seperti ingin memberikan mereka peluang kedua apabila Dina, anak Iskandar masih mengenali Malissa dan tidak boleh berjauhan dengan mama yang telah menjaganya semenjak hari pertama dia dilahirkan. Apabila Dina jatuh sakit gara-gara Iskandar memisahkan mereka, Iskandar membuat satu tawaran yang Malissa terpaksa akur untuk terima semata-mata kerana Dina. Hubungan mereka kemudiannya tak ubah seperti majikan Dan babysitter. Namun... saat kebenaran telah terbongkar, Iskandar nekad untuk memburu cinta Malissa semula."Fine you can just hate me Lisa. But please. Stay with me for one hundred days. Selepas itu, baru Lisa buat keputusan untuk bersama abang dan Dina atau tidak."Iskandar."Seratus hari tu takkan ubah apa-apa!"Malissa. Sehabis daya Iskandar cuba mendapatkan kembali kepercayaan dan cinta Malissa. Ego dan dendam membuatkan tidak mudah bagi Malissa memberikan peluang kedua untuk Iskandar. Sebelum tamat tempoh seratus hari itu, mereka terperangkap sekali lagi dalam cinta yang mengasyikkan. Janji ditemerai semula dan Kota Venice menjadi saksi mereka bersemi kembali namun, badai menimpa sebaik sahaja mereka pulang ke Malaysia. Mummy Iskandar, Datin Seri Ainon dengan agendanya. Hilman yang menagih kasih Malissa. Dapatkah mereka menangkis segala taufan yang mendatang atau gelora cinta mereka akan terhenti begitu sahaja?
1 part