31 parts Complete Haris bersuara. "Good Evening Ladies, now I present you your date for tonight". Setelah itu, barisan pekerja itu membuka barisan dan di belakang mereka berdiri seorang lelaki yang sangat tampan, segak mengenakan Tuxedo berwarna hitam. Lelaki yang merah bibirnya, rambutnya disisir rapi dan di sebelah kiri bajunya tersisip bunga ros berwarna merah membuatkan semua hati wanita akan terus menjadi cair sebaik memandangnya. Maisarah dan Nadia tergamam tanpa suara dan mata mereka tertumpu dan melekat kepada lelaki tampan tersebut. Sedang mereka berdua terpenpan dengan kekacakan lelaki tersebut, Asyraf berjalan menghampirinya dan berbisik sesuatu di telinga lelaki itu. "Sekali tiga kau tapau hari ni, beragak ler... aku kau tak mau tapau sekali ker?". Ternyata lelaki kacak yang menunggu mereka adalah Shahriman. Dia merancang untuk mengambil hati kedua puteri yang sedang marah dengan menggugat hati mereka dengan ketampanan dan kemudian baru dia akan memujuk supaya mereka tidak marah lagi. Shahriman memandang ke arah Asyraf dan dia pula berbisik di telinga Asyraf. "Aku belum pasti lagi aku berjaya ni... Aku tengah gelabah dan tak payah kau nak tambah gelabah aku. Baju kau aku dah sedia kat atas. Naik pergi tukar dengan cepat. Aku tak rasa ketampanan aku ni cukup nak buat diorang terpedaya. I need help here. GO NOW". Setelah mendengar kata-kata Shahriman, Asyraf terus berlari ke atas dan terus menukar baju.
==============================================
Cinta yang terpendam dalam hati Shahriman membuatkan dia berkorban apa sahaja untuk ibu angkatnya, Datin Faridah
Banyak bergaduh akhirnya jodoh. Itulah takdir Asyraf
Manja dan hot hot temper - Maisarah
Bersahaja dan dikatakan comot - Nadia
Wanita jelita sukar ditandingi - Liya
Chef tampan - Shahrizan
Aku cinta anak driver berkisar mengenai cinta anak driver yang berkaliber hingga mengkagumkan Datuk, Datin dan juga Tan Sr
‼️‼️‼️
cerita ini santai, kurang konflik dan membuatkan pembaca membaca dengan tersenyu