[C] [21] Walk You Home; Eid'ris Ishan
34 parts Ongoing [CONTENT NUDITY, VIOLENCE]
Secara jujurnya, bagi Iffah Inara binti Hadzir atau lebih dikenali sebagai Iffah Inara Hadzir, juruhebah muda di pagi@Angkasa itu -- hidupnya adalah untuk disibukkan dengan kerja sahaja. Rezeki menyebelahinya kerana seusia muda dia sudah dibanjiri dengan tawaran pengacaraan, pemodelan dan lakonan yang tak putus-putus. Sehingga, dia sekali sekala terlupa akan kisah pedih dan sedih tentang keluarganya. Dan, sejarah hitam dirinya juga.
Pada Lucas dan Johnny dia menumpang kasih sebagai rakan dan juga sebagai kakak dan adik.
Pada Megat Adham Bashir, lelaki paling rapat dalam hidupnya -- satu-satu lelaki yang boleh relate dengannya.
Tarikh lahir sama.
Nama huruf abjad dekat-dekat.
Keluarga pecah belah.
Elok sangatlah berdua.
Sebagai sahabat la tapi. Tiada perasan, tiada cinta.
Dua-dua sama. Hidup mereka hanya sebagai rakan yang satu kepala. Yang boleh bergantung satu sama lain.
Tapi Megat Eidris Ishan menjanjikan satu kehidupan lain pada Iffah Inara. Lelaki berwajah begis, tegas, menyakitkan hati -- dan Ah. Sebal sahaja. Lelaki berkacukan Melayu-Indonesia itu, benar-benar menguji perasaan.
Buatkan Iffah yang memang dalam diam mempunyai rasa, bertambah kuat untuk masuk dalam hidup Ishan.
Akan tetapi, hidup Ishan -- hidup Adham juga.
Bersediakah Iffah untuk dikejutkan lagi dengan drama-drama kekeluargaan yang selama ini, dia rasa dia lagi teruk, rupanya tidak --
"Sudahlah Iffah, kau simpan je cinta kau untuk kau berlakon drama maghrib nanti, cinta tu memang mainan mainan orang seni macam kau la. Dua-dua palsu" - Ishan.
"Tapi, kalau aku cakap aku cintakan kau juga? "
"Habis kau nak cakap selama ni aku jelah suka kau?"- Adham.