Elyani Syuhada, seorang gadis yang kehilangan kasih sayang yang diganti dengan rasa benci oleh ayah kandungnya, Tuan Syazlan hanya kerana kakak kembar seirasnya, Elyana Syahida hilang tanpa sebarang pesanan. Disaat itu juga dia harus menggantikan Syahida yang sepatutnya bernikah dengan anak kepada kawan Tuan Syazlan sejak kecil lagi. Dan lebih buruk dia harus menggunakan nama Syahida bukan Syuhada. Tuan Syazlan menggunakan namanya sebagai ganti kepada Syahida. Syakrie Adriean dapat merasakan ada sesuatu yang berbeza pada isterinya, Syuhada. Dia rapat dengan Syahida dan Syuhada. Syahida tidak pernah berdiam diri. Syuhada yang selalu berdiam diri bila ditanya sepatah kata. Sepatah katalah juga jawapannya. Syakrie mula mensyaki sesuatu. "Sya. Abang tanya sikit boleh?"kata Syakrie. "Tanyalah" jawab Syuhada. "Sya sebenarnya Syu kan?" kata2 Syakrie membuatkan Syuhada berdebar. "Aappaa yyangg abbangg mmerreppekk nnii?" "Abang tahu Syu. Itu awak. Saya bersyukur sebab saya kahwin dengan awak" "Kenapa pula?" Syakrie tersenyum. "Sebab saya cintakan awak Syu. Bukan Syahida atau gadis2 diluar sana tapi gadis depan mata saya ni" Adakah Syuhada akan menerima Syakrie dengan hati yang terbuka? Adakah Syahida akan kembali dalam keluarga mereka semula? Kekalkah cinta Syuhada dan Syakrie selama-lamanya? Jangan tak baca. Kalau tak anda akan tertanya2 apa yang akan terjadi pada Syuhada. Bahagia atau duka? Jawapannya ada di dalam cerita 'Harapan'!