Daniel yang baru sahaja pulang dari Canada setelah 11 tahun menetap di negara itu tidak lagi mudah tersenyum seperti yang biasa dia lakukan ketika kecil. Sejarah hitam menghantui dirinya sehingga membuatkan Daniel sedemikian. Irene merupakan rakan Daniel dari kecil cuba untuk kembalikan senyuman Daniel atas permintaan Aunty Sofia iaitu Mak Cik kepada Daniel. Tapi lain pula jadinya apabila Irene diculik. Dapatkah Daniel selamatkan Irene atau sejarah yang sama akan berulang?