13 capítulos Em andamento Dunia Nayla Awliya hancur sekelip mata apabila dia dipaksa menikahi seorang lelaki yang bukan sahaja tidak mencintainya, tetapi juga membencinya sepenuh hati. Aryan Miguel, seorang selebriti terkenal yang kini lumpuh selepas satu kemalangan tragis.
Ditinggalkan dalam rumah besar yang penuh rahsia, Nayla terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta, menjadi "penjaga" kepada suaminya yang dingin dan penuh dendam. Aryan, lelaki yang suatu ketika dulu berada di puncak dunia, kini hanya mampu berbaring di katil, menyimpan kebencian terhadap wanita yang kini bergelar isterinya. Setiap tatapan dinginnya, seakan pisau yang menghiris hati Nayla sedikit demi sedikit.
Namun, di sebalik kemarahan dan kepahitan, Aryan menyembunyikan sesuatu, perasaan yang perlahan-lahan tumbuh di sebalik kesakitan. Dan Nayla? Dia hanya mahu menunaikan tanggungjawabnya, menjaga lelaki yang membencinya sehingga dia sembuh. Selepas itu, dia akan pergi... atau setidaknya, itulah yang dia fikirkan.
Tapi bagaimana jika Aryan tidak pernah berniat untuk membiarkannya pergi? Bagaimana jika lelaki itu menyembunyikan lebih daripada sekadar luka di tubuhnya?
Dalam dunia yang penuh dusta, dendam, dan pengorbanan, cinta mula mekar dalam sepi. Namun, mampukah ia bertahan apabila kebenaran yang menyakitkan mula terungkap satu per satu?
Original Story By @Nanayenana
✔︎The idea came from my dream, then the continuation of the story from my own mind
_______________________
START = 30/3/2025
END = OG