AKAD KEDUA
  • Reads 3,743
  • Votes 89
  • Parts 10
  • Reads 3,743
  • Votes 89
  • Parts 10
Ongoing, First published Oct 14, 2017
Muka Surat: 753
Penerbit: Love Novel Publication
Harga: RM29 SM / RM32 SS

"Ini keputusan muktamad abi dan ingat... Khuz tak boleh kata tidak."- Tan Sri Junaidi.

Mampus! Memang sah-sah la Hasbi Khuzairy tiada pilihan. Isteri... Bagi Hasbi Khuzairy, tidak perlu lagi dia pertaruhkan kebahagiaan untuk sebuah perkahwinan. Namun, alasan serik dan takut untuk mendirikan rumah tangga kali kedua awal-awal lagi dipangkah oleh abinya. Nak tak nak 'ya' juga la jawabnya.

"Kerek! Ego! Membosankan!"- Dhia

Belum sampai sehari memegang status isteri, Dhia Irdina dengan yakin melabelkan suaminya begitu. Nampaknya, dia perlu bikin sesuatu!

Biarpun ego setinggi langit, Hasbi Khuzairy tidak pernah mengabaikan keperluan Dhia Irdina. Cuma cinta... itu yang sukar diberikan. Hari berganti hari, hati Khuz yang sunyi mula terpikat dengan sikap ceria, penyayang, manja, menggoda dan kuat mengusik isterinya.

"Dengan awak pun saya tak tercinta lagi, nak kahwin lagi satu?! Hati saya ni ada satu ajelah."- Khuz.

"Jadi, hati tu untuk Dhia la kan? Kan? Kan?"- Dhia

"Tolonglah, jangan nak terlajak perasan!"- Khuz.

Layanan acuh tidak acuh Hasbi Khuzairy terhadap Dhia Irdina membuatkan Irsyad mula mencuri peluang yang ada. Hasbi Khuzairy gelisah. Dia mula rasa tergugat.

"Kalau kau rasa tak dapat nak berikan itu semua pada Dhia, aku cadangkan supaya lepaskan ajelah dia daripada hidup kau."- Irsyad

Datanglah seribu langau mahupun pendendam sekali pun, Dhia Irdina dan Hasbi Khuzairy masing-masing lebih suka memilih untuk mendiamkan diri. Namun, tanpa sedar ia membuatkan mereka makan hati berulamkan jantung.

"Saja. Aku nak Khuz, Tan Sri Junaidi, Rayna, Syad dan semua orang tahu perempuan yang dikatakan sepuluh kali ganda lebih baik tu sebenarnya lebih kurang sama aje dengan aku. 'Murah'. Kau tahu tak erti mu-rah?"- Daliya

Murah? Apa maksud Daliya, bekas isteri Hasbi Khuzairy? Apa yang Dhia Irdina telah lakukan? Dan berhasilkah Hasbi Khuzairy menjadikan perkahwinan kali ini yang terakhir?
All Rights Reserved
Sign up to add AKAD KEDUA to your library and receive updates
or
#432kahwinpaksa
Content Guidelines
You may also like
Perfect Sky by saraimani99
50 parts Complete
Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL by Yasmyns_Dahlia
56 parts Ongoing
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] by Dasyaishere
52 parts Complete
Siapa sangka? Pertemuan yang tiba-tiba itu merubah hidup Luna Althea sekelip mata. Dia kehilangan semuanya. "Perkahwinan bukan macam plaster yang awak tampal untuk luka dan harap ia sembuh sendiri. Saya tak boleh buat keputusan hanya sebab saya terdesak." - Luna Althea Dia tiada pilihan selain menerima. Perkahwinan yang terjalin antara mereka bukanlah atas dasar cinta melainkan kepentingan sendiri. Luna diburu oleh sesuatu yang mengancam nyawanya. Entah mengapa dia menjadi sasaran dan diancam oleh musuh-musuh seorang lelaki misteri. Sombra. Lelaki misteri yang sentiasa melindunginya setiap kali dia dalam bahaya. "Aku tak nak kau jadi hak milik seseorang yang tak akan pernah anggap kau sebagai manusia. Aku tahu kau tak selamat, Luna. Dan kalau kau lari, kau akan dikejar. Satu-satunya cara untuk pastikan kau selamat adalah dengan mengikat kau dengan seseorang yang lebih berkuasa." -Ash Luqman Namun makin dalam kebenaran digali, makin mustahil ia kedengaran seolah-olah dunia ini cuma ilusi yang penuh dengan cerita yang tak terjangkau akal. Luna makin buntu. Dia seakan terhimpit di antara realiti dan ilusi. "Saya percaya awak, Ash. Saya percaya awak satu-satunya orang yang saya boleh bergantung... tapi awak tipu saya." - Luna Althea Ketika nyawa Luna benar-benar di hujung tanduk, Ash harus memilih sama ada membiarkan dirinya kehilangan wanita yang dicintai atau mempertaruhkan segalanya untuk mendapatkannya semula. "From the moment I saw you, I never wanted you to see this side of me. I never wanted you know. Because I didn't want the woman I love to hate me..." - Ash Luqman Di antara pengorbanan dan sakitnya sebuah kebenaran, mampukah mereka menemui bahagia? Bagaimana jika takdir itu membawa mereka ke jalan yang menyakitkan?
You may also like
Slide 1 of 10
Duri di antara kita [ C ]  cover
TENTANG KITA (BACAAN PERCUMA)  cover
Isteri Halal Sementara  cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
Perfect Sky cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover
CRUEL DESTINY | OG cover
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL cover
LOVE & YOU cover
Luna: Forgotten Souls [COMPLETE] cover

Duri di antara kita [ C ]

81 parts Complete

Rose, seorang gadis muslim yang taat, bekerja keras di sebuah kafe. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu Leo, seorang anggota kumpulan gelap yang misterius. Setelah pertemuan yang tidak dijangka, Leo tertarik pada Rose yang penuh ketenangan, sementara Rose merasa terancam dengan kehidupan gelap Leo. "Auch, sakit." - Rose "Are you okay?!" - Leo Leo yang terperangkap dalam dunia gelapnya itu mula meragui pilihannya dan tertanya-tanya apakah ada jalan keluar. Dia mulai mempertimbangkan untuk memeluk Islam, terutama selepas mengenali Rose. "Ramai lagi perempuan yang bagus dari saya, carilah orang lain." - Rose "Why other girl when you exist? Kalau aku kata aku nak kau, maksudnya kau je. Tak ada orang lain." - Leo Rose, walaupun mula jatuh cinta pada Leo, berdepan dilema. Apakah dia boleh menerima tentang kehidupan Leo? Kuatkah dia untuk menghadapi pelbagai risiko? Mampukah Leo dan Rose menghadapi perbezaan dunia mereka, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana takdir? Start : 27 November 2024 End : 23 February 2025