Sayang...Izinkan Aku Pergi (SUDAH DITERBITKAN) #readystock
  • Reads 255,205
  • Votes 4,872
  • Parts 52
  • Reads 255,205
  • Votes 4,872
  • Parts 52
Complete, First published Oct 15, 2017
(Highest Rank: #4)
Nuzul Harissya, seorang gadis yang dipinggirkan keluarga tanpa sebab yang pasti. Sementara itu, kembarnya mendapat layanan istimewa.
Kenapakah perkara ini terjadi? Apakah rahsia yang menghilangkan hak Nuzul Harissya dalam keluarganya sendiri?
Kehadiran Izwan Fadli, lelaki ego yang selalu menyusahkan hidup Nuzul Harissya semakin mengubah hidupnya. Tegakah Nuzul Harissya mencintai Izwan Fadli, lelaki pujaan kembarnya sendiri?
Nuzul Harissya tersepit antara kebenaran dan tekanan. Apa yang perlu dilakukan oleh Nuzul Harissya? Adakah dia perlu menjadi pelarian sebuah cinta yang tiada penghujung? 
Dia berazam untuk membina hidup baru jauh daripada semua orang yang pernah membenci dirinya dulu. Sangkanya dia sudah mampu hidup bebas daripada sejarah silam. Namun, takdir tuhan bagaikan bermain dengan hidupnya. Pertemuan kedua dengan Izwan Fadli membuatkan hidupnya kembali dihantui kenangan silam. 
Kenapakah Izwan Fadli bertindak sebegitu rupa? Tidak berbaloikah pengorbanan yang dilakukannya selama ini? Kenapa Izwan Fadli masih memburu cinta hatinya yang sudah lama terkubur itu? Adakah lelaki itu ingin menduakan dirinya dengan kembarnya atau Qistina? Apakah status sebenar Izwan Fadli? Masih solo, suami orang atau sudah bergelar abang duda? 
Nuzul Harissya semakin keliru dengan permainan cinta Izwan Fadli. Perlukah dia merebut kembali peluang kedua untuk mencintai Izwan Fadli? Hatinya semakin keliru. Lamaran teman baiknya, Firdaus bagaikan membuka peluang untuknya melarikan diri daripada cengkaman lelaki ego itu.
 Namun, sekali lagi takdir umpama mempermainkan dirinya. Dia terperangkap di dalam jerat asmara Izwan Fadli. Sucikah cinta yang dihulurkan oleh Izwan Fadli, atau sudah terpalit dengan dendam dan benci? Mampukah Nuzul Harissya menggapai bahagia di dalam sengketa yang tercipta? Atau peluang kedua itu adalah ilusi yang bakal meracuni seluruh hidupnya?
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Sayang...Izinkan Aku Pergi (SUDAH DITERBITKAN) #readystock to your library and receive updates
or
#81life
Content Guidelines
You may also like
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] by sopheahadie13
46 parts Complete
Sara Jasmeen, gadis malang yang dibuang oleh mamanya sendiri atas kesalahan yang dia tak pernah terniat untuk melakukannya. Membawa diri jauh ke kota Edinburgh pada usia yang sangat muda. 10 tahun menetap di situ mengajarnya banyak perkara tentang kehidupan dan dunianya terisi dengan hadirnya seorang sahabat susah senang. Selepas 10 tahun, hatinya terbuka untuk pulang ke tanah air dan semasa dalam perjalanan pulang, ditakdirkan tuhan berjumpa dengan seorang lelaki bernama Raes Amrullah. Raes Amrullah, lelaki biasa namun misteri. Tempoh singkat perkenalan dengan Sara Jasmeen membibitkan rasa yang aneh dalam hati lelaki itu. Sangkanya itulah kali pertama dan terakhir dia akan bertemu dengan gadis itu, namun ternyata perancangan tuhan itu indah. Beberapa pertemuan antara mereka membuka rahsia hidup Sara yang pedih, berjanji dengan dirinya bahawa dia akan mengembalikan kebahagiaan dalam hidup gadis itu. Menikmati alam rumah tangga bersama Raes, sedikit demi sedikit memberi sinar baharu buat Sara. Namun, pelayaran cinta bersama Raes tidaklah kekal tenang, satu peristiwa menyebabkan pelayaran mereka dilanda badai apabila hadirnya Firdaus yang menimbulkan kacau bilau. Sekali lagi Sara dibuang,lebih parah dibuang oleh suami sendiri yang telah menabur janji untuk membahagiakannya. Saat kebenaran mula terbongkar, Raes sasau mencari sang isteri namun hampa apabila Sara membawa diri dengan hati yang berdarah. Apakah kesudahan kisah cinta antara mereka? Masih adakah peluang untuk Raes menebus silapnya? Masihkah Sara mengizinkan Raes hadir semula dalam hidupnya? Apakah pengakhiran hubungan Sara dan mamanya? Layakkah Sara merasa bahagia setelah beribu liku yang dihadapi dalam hidupnya?
Ustaz Faqih Ruzain by Hashily90
13 parts Ongoing
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya. "Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya- "Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih- "Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya- "Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih- Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.
You may also like
Slide 1 of 10
Hubby I Love You! [Complete] cover
Ditipu, Untuk Dicintai✔ cover
GHAZI UQAYL cover
Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅ cover
MR. LECTURE VS MISS STUDENT cover
Unlimited Time Of Love (Completed 🌹) cover
Duri di antara kita [ C ]  cover
IZINKAN DIA HADIR  [COMPLETE] cover
Marah-marah Sayang cover
Ustaz Faqih Ruzain cover

Hubby I Love You! [Complete]

37 parts Complete

Kahwin paksa memang agak cliche dalam banyak-banyak novel. Airi dan Isyah terpaksa kahwin disebabkan wasiat atuk Airi. Airi: "Saya rasa cik perlu pergi check- up kat clinic lah" Isyah: "Apsal pulak?!" Airi: "Sebab saya rasa cik ni mungkin ada darah tinggi kot yelah manalah tau." "Ish geram betullah aku dengan mamat ni."