TIH 2 : Broken Land
  • LECTURAS 70,920
  • Votos 4,471
  • Partes 40
  • Ganador de los Wattys
  • LECTURAS 70,920
  • Votos 4,471
  • Partes 40
  • Ganador de los Wattys
Concluida, Has publicado oct 16, 2017
[Pemenang Pengkarya Revisionis Anugerah Wattys 2018] 

Published : 01/01/18
Completed : 08/01/19
Previously known : TIH 2 : Arlisya Firdaus
Highest ranking: #5 in Adventure (10/05/2020)

************************************


Ramai orang menyangka Arlisya Firdaus ialah lelaki disebabkan penampilannya yang tak ubah seperti lelaki. Kesnya sangat teruk sehingga kaumnya sendiri ramai yang menaruh hati padanya.

Masalahnya, dia bukan lesbian!

Dia tidak pernah meminta untuk dijadikan hidupnya seperti itu. Dia tidak pernah mengaku dia seorang lelaki, malangnya semua tidak percaya apabila dirinya menyatakan dia seorang perempuan. Orang luar lihat dia sebagai seorang yang kuat tetapi tiada siapa tahu perasaan yang terpendam dalam hati. Tiada siapa tahu sebab sebenar dia berubah meskipun tidak pernah menafikan dirinya sebagai seorang perempuan. Dia mengharapkan ada orang yang menghulurkan bantuan untuknya kembali ke jalan yang benar. 

Suatu keajaiban berlaku menyebabkan Arlisya Firdaus terperangkap dalam satu dunia yang tidak diketahui benar-benar wujud atau sekadar imaginasinya. Satu per satu memori yang disimpan hilang tanpa sedar. Jalan keluar dari dunia itu tidaklah semudah yang diduga. Pelbagai halangan dan ujian yang perlu dia tempuhi.

"Kamu nak keluar dari dunia ni?"

Arlisya Firdaus mengangguk. "Encik mesti tahu kan?"

"Tetapi ada banyak halangan sebelum kamu boleh keluar."

"Banyak benda kamu tak ingat tentang orang sekeliling kamu di dunia kamu. Kamu kena selesaikan beberapa tugasan dan ingat mereka semula sebelum kamu lupa mereka sepenuhnya."

"Tugasan? Macam mana selesaikan tugasan boleh buat saya ingat pada mereka?"

"Saya tak boleh terangkan bagaimana. Tapi itu saja caranya. Ia merangkumi tugasan, ingatan dan kebahagiaan."

Apa yang dia dapat rasakan, ia berkait dengan masa silamnya dan hanya dengan tiga perkara yang orang tua kelihatan seperti Gandalf itu katakan menjadi jalan keluar untuknya.
Todos los derechos reservados
Tabla de contenidos
Regístrate para añadir TIH 2 : Broken Land a tu biblioteca y recibir actualizaciones
O
#608fantasy
Pautas de Contenido
Quizás también te guste
Unreachable Princess de luvvakie
48 Partes Continúa
Aella, seorang Special Agent rank-S yang mahir dalam semua jenis seni mempertahankan diri. Seorang yang dihormati dan digeruni oleh ramai orang kerana sikapnya yang dingin dan 'straight-forward'. Namun hidup gadis itu jauh bertukar 360 darjah setelah tersedar dari koma dan mendapati dia berada di dunia lain dari dunia asalnya. Ya, dia transmigrated. Magik, Elves, Human-Beast, Dwarves, Spirit, Demon, Dragon dan banyak lagi mahluk mistikal merupakan perkara biasa di dunia ini. Tapi yang luar biasa ialah Aella disini merupakan puteri ke-7th di Estella Empire yang bernama 'Liviania Avira Xavier' yang terkenal dengan gelaran 'Useless Princess'. Dia hanya Princess dinama sahaja sehingga maid pun tidak tunjukkan perasaan hormat langsung terhadapnya. Sedangkan maid begitu, apatah lagi keluarganya? Tapi sayang. Aella bukan naif seperti Liviania yang 'innocent' dan 'pure'. Kasih sayang? Perhatian? "Nah. I don't need it. So, lets live 'our' life in 'our' way." Daripada 'innocent-pure-kind' Princess kepada 'lazy-cold-straight forward 'Princess. Tapi tak sempat berlangsung lama hidup 'tenang-mewah-simple' nya sebelum Imperial Family yang dulu mengendahkan dirinya kini mula memberikan perhatian. Maid yang dulu memperlekehkan dia kini menggigil ketakutan ketika hanya mendengar suaranya. Begitu juga dengan orang-orang disekelilingnya yang mula tertarik dengan 'Liviniania yang baru'. ••• > LANGUAGE : MALAYSIA+ENGLISH > GAMBAR/PICTURE FROM PINTEREST AND NOT MINE [DISCLAIMER] SEMUA WATAK DAN ALUR CERITA HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA. ANY RESEMBLANCE TO ACTUAL PERSONS, LIVING OR DEAD, OR ACTUAL EVENTS IS PURELY COINCIDENTAL.
CIÙINEAS de N_mirae
52 Partes Concluida
Dia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hidupnya. Dia mahu hidup yang aman dan tenang. Itu impian Dayan Khair sejak dia kecil sehingga kini. Kehidupan normal dan biasa. Tetapi ia tidak semudah yang Dayan sangka. Kemunculan seorang demi seorang manusia 'luar biasa' benar-benar mengganggu hidup Dayan. "Tuan, tolong jangan ganggu hidup saya." Mula-mula Ejen Han, atau Raihan. Selepas itu, adik beradiknya pula? "Terima kasih dah buat saya sedar kelayakan saya di sini, doktor." "Fine. Ini kali terakhir. Aku tak nak jumpa kau lagi, Nur." Bagi Dayan, dia hanya lelaki biasa. Tetapi bagi mereka... Dayan luar biasa. Dalam kecohnya Dayan mencari ketenangan, akhirnya... Dia terjebak dalam mimpi ngeri yang tak pernah dia bayangkan. Dia? Menangkap kumpulan jenayah besar, HACKER? Mana mungkin! "Tuan dah libatkan saya dalam misi tuan, jadi nak atau tidak, saya terpaksa bantu tuan sampai selesai barulah hidup saya tenang!" Dia tak pernah terfikir itu perkara yang mudah, tetapi dia tidak sangka, ianya bakal mendera dirinya. "Kenapa awak tak selamatkan dia dulu, Dayan?! Dia lebih penting daripada saya!" Dia rasa mahu menghilang. Tetapi, dia terikat dengan janji. Kusut, serabut. Tetapi dia faham yang dia tidak bersendirian, maka dia teruskan jua apa yang dia sudah mulakan. "Aku tak kisah sebenarnya siapa diri aku, siapa keluarga aku. Biarlah. Sebab aku dah faham, apa aku perlu buat dalam hidup aku." Bagaimana pengakhiran hidup Dayan? Tenang? Atau... sebaliknya? "Dunia cuma perhiasan. Jangan mencari ketenangan abadi di sini, di sini awak diuji, jadi tiada definisi tenang sentiasa dalam hidup awak."
Quizás también te guste
Slide 1 of 10
Atin cover
Takkan Ku Lepaskan Dia cover
KITA cover
Rumah di hari-hari terakhir memiliki harta karun yang lucu cover
Gerhana Bunga Telang cover
Unreachable Princess cover
Young Killer cover
CIÙINEAS cover
Skodeng cover
Pernah Ada (✔) cover

Atin

7 Partes Continúa

Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua