Allysa sedar bahawa dia memerlukan Haziq untuk terus hidup di pulau itu. Jadi, dia sering menggunakan kecomelan wajahnya untuk mendapatkan sesuatu. Tetapi, Haziq pula tidak mahu kalah. Setiap kata-katanya tidak mahu kalah. "Lu nak air kelapa?" pelawa Haziq lembut. "Nak!" jawab Allysa riang. "Panjatlah sendiri!" balas Haziq dengan tawa jahat. "I hate you!" Namun, mereka tidak bersendirian di pulau itu. Terdapat satu kumpulan pengedar dadah terbesar di Asia Tenggara yang bertapak di sana! Dan sekali lagi Allysa dikejutkan dengan aksi dan kelincahan Haziq berlawan dengan kumpulan tersebut. "Siapa awak sebenarnya?"All Rights Reserved
1 part