Sejauh mana berlari, sejauh mana bersembunyi, namun rasa cinta itu tidak pernah lari dari perasaan. Sepertinya rasa itu tertanam jauh ke dalam lubuk hati. Di cuba melupakan dan membuang rasa itu jauh-jauh namun gagal. Rasa cinta itu sudah berakar menyelaputi hati itu. Dia buntu dan bingung. Bagaimana mahu membuang rasa itu? Perlukah dia lari selama-lamanya atau berpaling dan pulang ke pangkuannya. Brenda.. Dia pernah disakiti oleh lelaki yang dicintainya sepenuh hati. Dia terluka bila mengetahui tunangnya curang bersama perempuan lain. Terasa seperti dirinya penyebab dan punca kepada semua bala yang terjadi terhadap diri, keluarga dan orang yang dia sayangi. Namun peluang kedua diberikan kepada cinta hatinya. Baru saja dia mahu mengecapi bahagia itu, sekali lagi kepercayaan dan cintanya di khianati. Dia nekad menutup hatinya agar tidak disakiti lagi. Membawa memori cinta itu bersamanya. Samuel.. Dalam hatinya, hanya Brenda seorang yang dicintainya. Namun dia masih belum mampu membuang perangai lamanya. Peluang kedua diberi kepadanya. Namun dia lalai dengan peluang itu. Tanpa disedari, sekali lagi dia mengkhianati peluang kedua yang diberikan. Dia tersungkur jatuh. Dia seperti tersedar dari kesilapannya. Insan disayanginya lari membawa memori cinta mereka. Dia ditinggalkan terkapai sendirinya. "I promise you, Brenda. Whatever happen, I will always love you. Trust me." Samuel. Masih ada lagikah rasa itu di hati Brenda? Tetap kukuhkan rasa itu bersarang dijiwanya? Kadang dia hampir mengalah dan pulang ke pangkuan Samuel. Kadang egonya mengatasi semuanya sehingga hatinya beku. Dia bingung. "Memori cintanya masih utuh mengikat kenangan pada dasar minda ku..." Brenda. •He fell first. She in love. He fell harder•
Más detalles