Lee Sung Kyung : Seorang yang nakal di sekolah dan selalu melanggar peraturan sekolah. Dia juga tidak percaya akan cinta. Ini kerana sejarah peritnya dahulu hinggakan dia fikir semua lelaki tidak boleh memberikan cinta yang sejati. Dia juga sukar untuk mencintai seseorang. Kim Seok Jin : Seorang yang tidak mudah memberikan cinta walaupun dia dikelilingi ramai peminat. Dia juga tidak pernah menjumpai seseorang yang benar-benar disayangi dan dicintainya. Tetapi apabila bertemu dengan gadis itu dia terpikat dan asyik terkejar-kejarkannya. Jungkook : Hatinya pernah dikecewakan dan dia tidak mahu mengulanginya lagi. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak jatuh cinta lagi. Jimin : Dia cuba sedaya upaya untuk melarikan diri daripada seorang gadis yang sentiasa mengejarnya. Namun, hatinya sunyi sepi apabila gadis itu tiada. Younha : Dia tidak pernah bercinta dan mahu bercinta namun tiada sesiapa yang melamarnya. Tetapi dia tetap mencari cinta sejati. Lee Na Young : Dia juga mengalami peristiwa yang sama seperti Lee Sung Kyung namun dia masih percaya cinta sejati itu ada. Semuanya berubah kerana si 'dia'. Apa yang berlaku apabila mereka bertemu? Adakah akan ada bahagia untuk mereka? Semuanya dalam "Accidentally Fell In Love With A Junior 💕" 😍😘 (Saya tahu jarak umur mereka terlalu berbeza tapi anggaplah jarak umur mereka tak ketara sangat ye😅) Ini merupakan idea saya dan saya berharap anda tak copy cerita ni. Kalau promote boleh hehe...😂 No Copyright👌All Rights Reserved