Aku, Amara Aghnia. Gadis yang boleh tahan gedik dan manjanya. Tapi aku hanya tahu bermanja dengan seorang lelaki, Azfer Aisy. Lelaki yang aku kenali sejak kecil lagi, yang aku anggap hanya sebagai abang. Namun, semakin aku membesar, rasa sayang aku pada Aisy turut berubah. Bukan kasih sayang seorang adik kepada abang. Tapi kasih seorang gadis untuk lelaki yang dicintainya. Ya. Aku cintakan Aisy. Dan aku tahu Aisy juga punya rasa yang sama macam aku.
"I love you!" Ucap Aisy.
Aku tersenyum. "I love you too." Balasku pula.
"So.. can you give me a kiss baby girl?"
"Of course baby!" Balasku lalu mendekatkan wajah untuk mengucup pipi Aisy.
Belum pun bibir aku hinggap ke pipi Aisy, tiba-tiba lelaki itu berpaling. Bibir Aisy yang menjadi sasaran.
"Aisy!"
"Thanks baby. You're so sweet and so delicious." Aisy mengelap hujung bibirnya. Buat gaya seperti lelaki kasonova.
"Pervert!"
Hubungan yang baik-baik saja berubah bila aku cuba kenenkan dia dengan kawan aku, Celine. Aisy marah dan tuduh aku menipu tentang perasaan aku pada dia. Tak. Aku cintakan dia. Namun kerana ego, aku rela penuhi kehendak Celine. Dan, bila aku dirisik oleh seseorang, Aisy tidak menghalang dek kerana rasa amarahnya pada perbuatanku masih bersisa.
"Gina sendiri yang kata, Gina bahagia tanpa abang dan abang boleh pilih kebahagiaan abang. Kebahagiaan abang, dapat melihat Gina bahagia dengan pilihan orang tua Gina. Dia memang sepadan dengan Gina."
"Gina tak nak dia. Gina tak nak orang lain. Salah ke Gina nak dengan abang?"
"Abang sentiasa doakan yang terbaik untuk Gina. Tak dapat jadi isteri, Gina sudi kan jadi adik abang?"
Gila! Aisy dah sewel!
"So abang rela tengok Gina kahwin dengan lelaki lain? Lelaki yang kononnya pilihan terbaik daripada mummy dan daddy?"
"Pilihan abang juga."
"Gina benci pada abang. Jangan datang jumpa Gina lagi lepas ni. Dan Gina tak nak jadi adik abang. Never and ever!" Ujarku sebelum aku berlari meninggalkan Aisy dengan hati yang berkecai derai.
Agency Series (3)
Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena.
"You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin
Rancangan diatur dengan teliti. Helena mahu Eden rasa peritnya ditinggalkan tanpa sebarang alasan. Tambahan pula, dia sakit hati melihat Eden bahagia bersama sepupunya. Sedangkan dia?
"It's about time you realized how it feels to be left by someone you love, now you will understand how much you hurt me." - Sharifah Helena
"It can be really tough to let go someone you care about. Tak sangka ada orang yang masih tergila-gilakan aku, walaupun dah 12 tahun." - Eden Zahrin
Pelan yang disangka begitu sempurna, mula berantakan. Hidup Helena yang selama ini seperti seorang puteri, bertukar 180 darjah.
"Untuk kali ni, I merayu. Tolong terangkan dekat keluarga I." - Sharifah Helena
"Kita kahwin, hm?" - Eden Zahrin
Highest rankings:
#1 novelmelayu
#1 fiksyen
#1 agency
#1 drama
#1 misteri
#1 dendam
#1 revenge
#1 romance
#1 kahwin
#1 mystery