28 parts Complete MatureDi sebalik senyuman lembutnya, Nur Hawra Mikayla bukan gadis biasa. Anak kepada seorang lelaki berpengaruh, dia hidup dalam dunia yang penuh rahsia-dilatih untuk bertahan, berlawan, dan melindungi diri. Namun, satu perkara yang dia tak pernah bersedia untuk hadapi adalah cinta.
Muhammad Rayyan, lelaki asing yang ditemuinya dalam dunia maya, berjaya mencuri perhatiannya dengan cara yang tidak pernah dia jangka. Dalam setiap bait kata dan bicara mereka, Hawra merasakan sesuatu yang lebih dari sekadar perkenalan biasa-rasa yang buat dia ingin percaya bahawa kebahagiaan masih wujud untuknya.
Namun, cinta sering datang bersama bahaya. Muhammad Iskhandar, bekas kekasih yang tak pernah rela melepaskannya, menyimpan dendam yang lebih gelap daripada yang disangka. Dalam satu malam penuh tragedi, di jalan yang suram dan sunyi, segalanya dirampas darinya.
Cinta yang baru mekar... adakah ia sempat berkembang, atau hanya menjadi kenangan terakhir sebelum segalanya berakhir?