|ON-GOING| Perbezaan yang saling menyempurnakan ... Tiada perasaan. Kejam. Biadab. Itulah kata-kata yang sering dilemparkan kepada Hana Izyan setiap kali dia berhadapan dengan orang-orang yang tidak mengenalinya siapa dirinya. Tiada perasaan, setiap kali kata-kata keji dan cacian dilemparkan kepadanya, wajahnya hanya bersahaja dan balasannya yang diberi seperti orang yang tiada jiwa. Kejam, disebabkan satu kejadian membuatkan dia membelasah seorang wanita sehingga nyawa-nyawa ikan. Dirinya dipanggil seorang yang kejam tiada empati dalam diri. Biadab, setiap kali cacian dan makian yang dilontarkan agak berlebihan lagi-lagi bila melibatkan orang yang dia sayang. Dia selalu membalas dengan sarkastik dan sinis yang membuatkan orang tidak boleh terima. "Pesulap merah?" - Hana Izyan Itu kata-kata pertama Izyan terhadap Hanz Iqbal pada pertemuan pertama mereka sebagai klien. "I know. It's weird for Malaysians to have red hair." - Hanz Iqbal "It's unique. Not weird." - Hana Izyan Hanz berambut merah. Hanz berwajah dingin. Hanz yang kurang mesra dengan orang asing. Tapi semua itu bertukar sebaik sahaja Hanz berkenalan dengan Izyan. Sikapnya yang selalu insecure dengan rambut merahnya mula berbangga. Sikapnya yang dingin mula mencair. Sikapnya kurang mesra mula mesra tapi masih ada batas. "Terima kasih." - Hanz Iqbal "Untuk?" - Hana Izyan "Segalanya." - Hanz Iqbal Namun, disebalik ekspresi wajah masing-masing yang bersahaja. Mereka berdua menyimpan satu rahsia yang menjadikan diri mereka yang sekarang. Apa rahsia itu? Dan... adakah rahsia itu terhubung kait dengan masa silam mereka berdua? ... Start: 01/05/2026 End: --/--/2026
Detail lengkap