BYLINE CINTA WARDAH
  • Reads 13,636
  • Votes 318
  • Parts 15
  • Reads 13,636
  • Votes 318
  • Parts 15
Ongoing, First published Nov 02, 2017
Tajuk: Byline Cinta Wardah
Penulis: Umi Kalsom 
Penerbit: Penulisan2u
Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak)
Terbitan: November 2017
*******
AKU, Wardah atau popular dengan nama glamour, Wawa. Aku dan cinta bukanlah satu topik hebat untuk digandingkan bersama. Tapi, aku tak sangka... Aku juga sebegitu glamour
sehingga mampu tersenarai dalam hati dua jejaka. Malangkah mereka?

Bukan nak perasanlah, tapi emak selalu kata, cantik dan aku boleh dikatakan sebagai satu anugerah. Cuma satu yang spoil, aku memang pemalas tahap tak cukup kertas untuk bercerita. Disebabkan perangai ting tong aku, emak memang selalu risau, sampai selalu sangat laungkan 'sumpahan'...

"Adik hang dah ada orang yang nak. Mak rasa kalau tunggu orang masuk meminang hang dulu, pakat dua-dua jadi anak dara tua." -Emak

Dan ia adalah kali keseratus tiga puluh emak ulang suara pasal teori jadi anak dara tua. Eee... Mendoakan sangat! Disebabkan gerun dengan 'sumpahan' emak dan fakta usia yang makin meningkat sentiasa, aku pun cuba membuka hati untuk mencari cinta. Ada seseorang yang aku berkenan, seseorang yang sentiasa memandang aku sebagai sekuntum mawar.
"Mawar tu cantik, secantik awak..." -Mawardi

Tapi sayangnya, kecantikan aku terlalu fake dan sangat tidak serasi dengan panggilan Mawar itu. Kalaulah dia tahu. Sayangnya, dia memang tidak tahu.

Tapi seseorang yang tahu pula, sentiasa muncul dengan pandangan menyampah di hadapanku. Sentiasa mengucapkan review yang jujur sampai kadang-kadang hati aku tergores
tanpa sedar.

"Selekeh. Serabai. Busuk. Tak kemas. Tak ayu. Harapkan muka aje lawa, yang lain semua out. Totally out!" -Johan

Ingatkan senang untuk mencari cinta. Rupa-rupanya parah. Aku selesa menjadi Wawa dan bukannya Mawar yang banyak pantang larangnya. Akhirnya, aku harus memutuskan satu
antara dua. Entah siapa yang sewajarnya layak menjadi byline bagi kisah cinta aku?
All Rights Reserved
Sign up to add BYLINE CINTA WARDAH to your library and receive updates
or
#102generalfiction
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 10
I Like You | ✔ cover
Cinta Tak Setaraf [ C ]  cover
Enchanted [COMPLETED] cover
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝] cover
GHADI AQHAR: THE LIONS  cover
ANGKARA SUKA SUKA cover
DIA BUKAN SYURGA cover
I Remember You | ✔ cover
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1• cover
Mi VERDADERO AMOR  cover

I Like You | ✔

60 parts Complete

[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia ~ Hana Nadeera, pertama kali bertemu dengan Nuh Ziyad ketika hari pertama dia mengajar di sebuah kolej swasta. Sejak itu, Nuh sering mengusiknya sehingga timbul rasa sayang pada Nuh. Namun, isi hati yang terluah ditolak mentah mentah oleh Nuh. Kecewa dengan penerimaan Nuh, Hana menerima lamaran Fakhrul, pilihan ayahnya. Tunang yang dipercayai boleh membuatkan Hana melupakan Nuh mula berubah kerana cemburu. Fakhrul tanpa rasa bersalah menghina dan memukul Hana. Kala itu, Nuh juga yang menyelamatkan Hana. Kali ini dia mengaku, cintanya hanya pada Hana. Namun, masa silam yang menghantui menghalang niatnya untuk menjadikan hubungan mereka lebih serius. Hana kecewa lagi. Saat dia tidak lagi mengharapkan Nuh, lamaran tiba tiba dari lelaki itu membuatkan dia ragu. © 2018