[COMPLETED] My Cold Husband (Kang Taehyun)
32 parts Complete Mature"Ingat..." Dia mula bersuara.
Terus aku genggam tangan kanan dan kiri sesama sendiri. Kejap!
"Hubungan ni cuma atas kertas." Ayat mukadimah yang keluar dari bibir dia seusai pintu bilik ditutup rapat. Tanpa berpaling dari menghadap pintu, dia menambah lagi, "Jangan risau. Aku takkan mintak apa-apa hak aku dari kau. Dan aku harap kau pun sama."
Aku tak bersuara. Cuma mengangguk tanda faham.
"Jangan kacau aku. Jangan masuk campur dalam hal aku. Walaupun kita dah berkahwin, itu takkan mengubah apa-apa. Hiduplah macam biasa. Kau, aku...kita ikut cara sendiri." Tambah dia lagi dengan nada suara mendatar, beku tak berperasaan.
Bawa mata merenung katil pengantin bersaiz king yang dihiasi dengan cadar lace tebal bercorak bunga, aku kekal diam. Yelah, apa lagi yang aku boleh cakap? Walaupun banyak perkara yang ada dalam kepala sekarang, aku putuskan supaya simpan aje. Malas mahu dilontar keluar. Benda tetap takkan mengubah apa-apa. Tetap juga perkahwinan ini perlu diteruskan.
"Aku harap kau takkan letak apa-apa harapan dalam perkahwinan ni. Walaupun aku bersetuju memperisterikan kau... ingat, semua ni berlaku atas sebab terpaksa. Aku terpaksa bersetuju dengan cadangan mama dan kau pun sama." Dia diam sekejap sebelum menambah. "Sampai bila-bila pun aku takkan terima perkahwinan ni. Sampai bila-bila pun aku takkan terima kau sebagai isteri. Jangan berharap apa-apa. Simpan benda ni dalam kepala kau. Faham?"
Wow, panjangnya... Aku fikir ayat-ayat awal tadi dah cukup tajam. Rupanya tak. Ada lagi sambungan. Ada lagi ayat-ayat yang mampu buat hati aku terasa bagai ditoreh dengan keris taming sari.
"Faham, Kim Youra?"
Oh, tak cukup cuma mengangguk. Macam biasa, dia nak jugak aku respon dengan suara. "Faham."
"Good." Tenang dia membalas. Sambil memulas tombol pintu, dia menokok lagi. "Jumpa dekat dewan kejap lagi." Titip dia seraya berlalu pergi tanpa menoleh semula walaupun selirik.