Zalikha Airis dan Megat Adrean, dua insan yang saling tidak mengenali. Namun kedua duanya reda dan menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Zalikha Airis seorang yang baik hati, nakal dan kelam kabut, Megat Adrean seorang yang serius dan matang. Tidak pernah berjumpa walau sekali sepanjang pertunangan dek tuntutan kerja, namun dalam panggilan atau pesanan ringkas dapat menggetarkan hati kedua dua insan ini. "kunci hati awak rapat rapat. Jangan kasi orang masuk nanti merana saya"- ADREAN "Hati saya aje? Hati awak kasi password yang paling susah okey"- ZALIKHA "Hati saya memang takkan saya kasi password yang senang . sejak hari pertama awak menjadi tunang saya password hati saya hanya awak yang tahu. Nanti kita berjumpa saya nak ambik hati awak dan simpan jauh jauh supaya awak tak dapat ambik. "- ADREAN Dalam melayan kebahagiaan yang dikurniakan tuhan, datang pula ribut yang melanda perhubungan suami isteri. kemunculan Qaseh Tiara yang pada mulanya diperkenalkan sebagai sepupu Adrean, akhirnya menjadi kaca yang pedih menikam hati Zalikha. "I datang nak minta sesuatu Ikha. I bukan minta banyak cuma sedikit sahaja. I minta you restukan hubungan kami dan bermadu dengan you. Kalau sedikit pun jadilah bagi I rasa kasih sayang Adrean. I sayang sangat dengan dia Ikha. Sejak kecil I cintakan dia dan dah lebih 19 tahun I tunggu dia. I nak dia yang jadi suami I, bukan orang lain! "- TIARA Mampukah Zalikha bertahan dengan badai yang mengganggu bahtera perkahwinannya? Dan siapakah pilihan Adrean? Benarkah jodoh Zalikha dengan Adrean? Apa yang akan berlaku terhadap adik yang sangat Zalikha sayangi?