One More Time [Malay Fanfic]
  • Reads 5,481
  • Votes 272
  • Parts 16
  • Reads 5,481
  • Votes 272
  • Parts 16
Complete, First published Nov 06, 2017
Taeil, CEO syarikat Neo Culture Technology yang baru berusia 23 tahun memasang niat untuk mengupah seorang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya ketika menghadiri kursus khas di Eagle Island. Sebelum ini, Taeil langsung tidak memerlukan khidmat pengawal peribadi kerana dia yakin dia mampu menjaga dirinya. Namun, sejak dua menjak ini, Taeil berasa tidak sedap hati kerana dia terasa dirinya bagai diekori seseorang setiap masa. Oleh itu, Taeil menyimpan hasrat untuk mengambil pengawal peribadi. Pada suatu hari, beg laptop Taeil diragut secara tiba-tiba. Mujurlah ada seorang gadis sempat menumpaskan si pencuri dan mengembalikan semula beg laptop tersebut kepada Taeil. Kagum dengan keupayaan gadis tersebut, Taeil menawarkan pekerjaan sebagai pengawal peribadinya kepada gadis bernama Jueun itu. Pada awalnya Jueun enggan menerima tawaran Taeil kerana seorang perempuan tidak sesuai menjadi pengawal peribadi bagi pendapatnya. Namun, atas desakan dan rayuan Taeil, Jueun menerima juga tawaran Taeil. Selepas menjalani beberapa ujian, Jueun diupah menjadi pengawal peribadi Taeil yang sah. Dialah yang menemani Taeil berkursus di Eagle Island. Di Eagle Island, mereka berdua tinggal di rumah tepi pantai milik Taeil. Pada awalnya semua berjalan dengan lancar namun sesuatu yang tidak diingini berlaku pada hari kedua terakhir mereka di Eagle Island.
All Rights Reserved
Sign up to add One More Time [Malay Fanfic] to your library and receive updates
or
#76taeil
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 10
Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy) cover
ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING) cover
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED) cover
BOBOIBOY: THE CROWNED KING  cover
Zayden's © [ OG ] cover
Her Protector  | ᥴ cover
Bodyguard itu Milik Aku! cover
Penjaga Hati / chs ✓ cover
Be My Princess cover
cikgu ayu cover

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)

90 parts Ongoing

Ali, baru sahaja mendapat tahu yang dia memiliki sepupu, iaitu anak kepada kakak tiri ayahnya. Boboiboy, turut menghadapi perkara yang sama, bila mak ayahnya membenarkannya pulang ke kampung mak nya yang berada di Cyberaya untuk berjumpa dengan sepupunya yang dia tidak pernah tahu sebelum ini. Boboiboy, yang tidak mengetahui identiti M.A.T.A, terpaksa berusaha sedaya upaya oleh Ali untuk tidak membuatnya perasan dengan tingkah anehnya yang terpaksa pergi misi secara tiba tiba yang diminta oleh jeneral. Bagaimanakah kisah 2 sepupu ini akan berlangsung?