HINGGA AKHIR NAFASKU

HINGGA AKHIR NAFASKU

  • WpView
    Reads 22,849
  • WpVote
    Votes 281
  • WpPart
    Parts 7
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Nov 8, 2019
BLURB *** "Cinta pertama bagi setiap anak perempuan... Her daddy." Nurul Ain tidak tahu, cinta pertamanya itu seharusnya Awang Kader, ayah kandungnya yang menjadi punca kelahirannya di dunia ini, bukan Abdul Halim, ayah angkatnya. Di mata Awang Kader, Nurul Ain ialah Dayang Nur Aishah, bukti cinta dia dengan wanita paling dikasihinya. Atas satu insiden yang memilukan, Aishah dibawa pergi jauh daripadanya berpuluh tahun. "Saya dah jatuh cinta. Hati dah jatuh bergolek. Tak boleh nak bangun dah." - Irfan "Siapa?" - Nurul Ain "Rahsia." - Irfan "Nurul sedang belajar menerima satu perubahan. Cuba untuk mencintai papa, mama... And how about me? Cuba menyayangi saya juga?" - Tengku Hanif "Kenapa tidak? Kita satu keluarga, kan?" - Nurul Ain Tengku Hanif dan Irfan - Mereka berdua ditakdirkan untuk mencintai perempuan yang sama. Setelah terpaksa menelan pahitnya cinta tidak berbalas, Irfan nekad kali ini dia tidak akan tunduk mengalah. Demi menjaga sekeping hati yang sedia diketahui nyaris rabak, Tengku Hanif bersedia untuk mengundurkan diri. Apatah lagi mengenangkan status yang berkalung di pundak sendiri sekadar 'abang' semata. Maka sisa hidup yang kekal menganyam bunga cinta dipenuhi dengan usaha meletakkan Nurul Ain di takhta 'kerajaan' Awang Kader meski gadis itu keras menolak. Badri. Kehadirannya yang lebih awal dalam hidup seorang Nurul Ain membuatkan Irfan dan Tengku Hanif tergugat. Siapa Badri dalam kelongsong kehidupan Nurul Ain? "Badri anak yang baik. Beruntung pak cik ada anak macam dia." Hakikat rasa yang menghuni hati mana mungkin mampu dilihat oleh mata kasar. Laksana rahsia bagi setiap lapis jiwa manusia. Cinta, kasih sayang, dendam dan benci seumpama adunan yang menentukan ke mana hati itu pergi. "Aishah, kau sepatutnya ghaib ditelan perut bumi. Seharusnya kau tak ditakdirkan pulang kembali!" Apakah kemunculan Nurul Ain kembali pada tempat asalnya adalah suatu rahmat atau penamat kepada sebuah tragedi berdarah itu?
All Rights Reserved
#198
love
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Rahsia Takdir Antara Kita
  • IMPERFECT MEMORY (COMPLETED)
  • First - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]
  • HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK]
  • 🍂 BaYanGaN GuRaUaN (Published) 🍂
  • Aku Bukan Sandaran [C]
  • Akadku Namamu [TERBIT]
  • I LOVE YOU BUDAK XL ❤️    COMPLETE ✔️
  • KERANA DIA MANUSIA BIASA

COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan bersama Huzair Adha merangkap abang kepada teman lelakinya. Atau lebih tepat lagi,bakal abang ipar Nur Hanis sendiri! "Saya tak sangka,Hanis..awak sanggup curangi saya. paling saya tak dapat terima,awak curang bersama abang saya sendiri!" - Firdaus Adha Hanis dibuang oleh keluarga akibat tidak dapat menerima berita yang memburukkan maruah keluarga mereka. Paling sedih,Ibu mertua dan adik iparnya seakan akan membenci Nur Hanis selepas berkahwin dengan Huzair Adha. "Mungkin saya tak patut muncul dalam dunia ni. Mungkin kelahiran saya adalah satu kesalahan yang amat besar. Please Huzair,jangan cari saya lagi" -Nur Hanis "Aku sangka kau adalah wanita paling mulia dalam dunia ni tapi aku silap, kau adalah perempuan paling durjana yang pernah aku jumpa,Hanis!" - Huzair Adha Siapa sangka takdir Allah yang kita sendiri tak dapat dijangka. Dan siapa sangka semua yang berlaku ini adalah rancangan semata mata.

More details
WpActionLinkContent Guidelines