Pesanan Dalam Islam

Pesanan Dalam Islam

  • WpView
    LETTURE 143
  • WpVote
    Voti 1
  • WpPart
    Parti 7
WpMetadataReadIn corso
WpMetadataNoticeUltima pubblicazione sab, apr 21, 2018
WpInfo
SAGGISTICA
Walau sekuat mana pun fizikal, mental dan spiritual seseorang, dia sebenarnya lemah. Kenapa dikatakan begitu? Kerana dia hanyalah seorang manusia, dan Allah s.w.t berfirman di dalam surah an-Nisaa': 28, "... dan manusia dijadikan bersifat lemah." Lupa, lalai dan mudah terpedaya adalah antara sifat manusia yang membuktikan kelemahan mereka. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t berfirman: "Dan apabila manusia itu ditimpa kemudaratan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudaratan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) daripada jalan-Nya..." (Az-Zumar : 8) Tidak dinafikan kita memerlukan teguran dan peringatan untuk menimbulkan kesedaran tentang hakikat diri sebagai manusia. Kita sering kali lalai dan lupa untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan Pencipta. Sifat-sifat buruk kita juga adakalanya mencemar hubungan sesama insan. Sebagai umat Islam pula, perlu juga kita diperingatkan peri pentingnya diperkukuhkan akidah, dipertingkatkan keimanan, disemarakkan cinta kepada Rasul, sesama makhluk dan dimuliakan akhlak. Semoga kita diberikan kekuatan, ketabahan, ketenangan, kesabaran sepanjang menjalani ujian, cubaan, cabaran yabg dihadapi di atas muka bumi Allah s.w.t. Nasihat itu bagaikan ikan di dalam air. Lihatlah ikan tanpa air. Pastinya mati. Begitu juga pada manusia. Tanpa nasihat hati pasti mati. Jom sama-sama kita sadokan hati 💪♥
Tutti i diritti riservati
Entra a far parte della più grande comunità di narrativa al mondoFatti consigliare le migliori storie da leggere, salva le tue preferite nella tua Biblioteca, commenta e vota per essere ancora più parte della comunità.
Illustration

Potrebbe anche piacerti

  • Milik Zuyyin Safiyya (EBOOK EDITING)
  • ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C]
  • SUMPAH CINTA
  • Pikat Hati Dr Jerk ✓
  • FREEDOM | KEBEBASAN [✓]
  • MR PRINCE'S PRISONER [complete]
  • CINTA dan Lelaki (COMPLETED)
  • Qada & Qadar (Completed)

Lelaki itu sanggup melakukan apa sahaja untuknya? Ya. Termasuk melepaskannya dengan alasan yang cukup bodoh pernah dia dengar. "Saya rasa awak dah tak cintakan saya" Aku? Tak cintakan dia lagi? Siapa yang tidak cintakan siapa sebenarnya ni? Bukankah lelaki itu yang memiliki wanita lain dibelakangnya? Mengapa harus namanya yang dipetik sebagai alasan perpisahan mereka? Dia sudah lelah. Dilepaskan sahaja lelaki itu pergi. Dibiarkan sahaja namanya menjadi watak antagonis dalam kisah lelaki itu. Dia hanya punya satu tujuan saat itu. Berjaya. Dia tidak ingin kehilangan lelaki itu menjadi penyebab dia tidak fokua belajar. Masakan pendidikannya juga harus gagal kerana lelaki yang bukan siapa-siapa itu bukan? "Zuyyin Safiyya? That's sounds beautiful" Kehadiran seorang lelaki aka pensyarah barunya buatkan sekali lagi semangatnya goyah. Mengapa lelaki itu kembali lagi dalam hidupnya dan.. mengapa dia seolah-olah lupa akan dirinya? "What do you mean? It's our first meet" First meet? Lupakah lelaki itu dengan ayat-ayat pedas dan menyakitkan yang pernah dia tuturkan kepadanya? Tapi.. bukankah itu lebih baik? Biarkan dia sahaja yang simpan kata-kata itu walaupun tanpa tahu alasan ayat itu dilemparkan kepadanya. "Saya dah maafkan" Iya.. saat dia menerima lelaki itu, segalanya sudah ditutup. Dia tidak lagi ingin memandang ke belakang. Hidup baru dibina. Namun.. rumah tangga tanpa ujian itu bagaikan satu hal yang mustahil. Saat itu.. satu persatu masalah datang. "Abang minta maaf sayangg" Tatkala kata maaf itu terucap. Dunia Zuyyin hancur tetapi mengapa dunia lelaki yang terlihat baik-baik sahaja itu lebih teruk badainya? Mampukah dia membenci apabila lelaki itu rela berlutut demi keampunan darinya? "Abang yang salah sayangg" Tuhan.. reaksi apa yang harus dia berikan? Mampukah keampunan dia berikan atau sebenarnya dia yang harus berlutut? Memohon keampunan atas dosa yang tidak pernah dia tahu?

Più dettagli
WpActionLinkLinee guida sui contenuti