Dia Stalker Jambu | 2

Dia Stalker Jambu | 2

  • WpView
    Reads 2,935
  • WpVote
    Votes 408
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Mar 18, 2026
D i a #2 | Rival Nazkiel Tajuddin. Budak lelaki yang paling tampan dan macho yang boleh buat lutut kau menggeletar macam tiada esok. Budak lelaki yang boleh buat kau terliur walaupun perut kau tak lapar. Kelemahan dia memang kau takkan pernah nampak. Semua budak lelaki di SMK Beta nak jadi macam dia dan semua budak perempuan di SMK Beta nak jadi teman wanita dia. Tapi, agak-agaklah kalau nak bermimpi sekali pun. Dia ialah pelajar genius di sini. Anugerah akhir tahun semua dia rembat. Dialah tokoh pelajar terbaik. Dialah pelajar terbaik seluruh tingkatan lima. Tahap I.Q dia lagi tinggi dari galah Tok Wan. Kau bayangkanlah. Aiman Kaizer. Tu pulak nama aku. Bunyinya macam nama jantan tapi empunyanya perempuan. Ya. Aku seorang perempuan. Aku ni baik budaknya. Bukannya nak bersikap sum'ah, ujub dan riak tapi memang betul lah. Aku tak pernah busuk hati dengan sesiapa. Buli orang pun tak pernah-pernah lagi. Pijak semut pulak tak mati. Aku kentut pun tak berbunyi. OK yang last tu gurauan semata-mata. Tapi, macam yang budak perasampah selalu cakap, 'sebaik-baik mana pun kau, kalau dah namanya haters tu, memang akan benci kau sampai mati'. Ya. Aku ada hater. Dan nama dia Nazkiel. Apa yang aku buat sampai dia 'benci' aku pun aku tak tau. Eh, tolong sikit eh! Aku tak pernah pun lagi bercakap dengan dia apatah lagi nak menyakitkan hati dia. Yang aku tau, aku pernah terserempak dengan dia semasa aku tengah berjalan pulang dari sekolah. Masa tu, dia tengah makan ais krim Cornetto perisa strawberi sambil duduk bersilang kaki di taman. Dia pakai baju warna pink, seluar warna pink dan cekak rambut arnab warna pink. Pendek kata, semua pink! Dan aku TERpanggil dia budak jambu. Kau rasa? ____________ #221 ____________
All Rights Reserved
#1
mamat
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • BINTANG PINJAMAN TERINDAH - C
  • ✅ Hanya Dengan Nama Aku Jatuh Cinta
  • ✓ TENGKU RAFAEL LUTH
  • MR Nice Guy (HOLD)
  • Aiman&Fatin
  • Aku ENCIK KINGKA punya! [in -editing]
  • [RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2
  • ✓ TUNKU NOAH NATHAN
  • • kuci𝓃g lorong •
  • 1-4-3 » jung hoseok

' Antara Hak dan Takdir ' Puan Nayla, gelaran yang gah buat seorang wanita yang memiliki kehebatan dalam kerjayanya namun sering gagal dalam percintaan. Kehadiran Noah Aryaan dalam hidup Nayla sebagai anak tunggal kesayangannya menjadikan hidupnya tidak lagi kesepian. Noah yang hidup dijaga dan dimanjakan oleh ibunya. "Mama akan jaga Noah dengan nyawa mama sendiri. Mama janji, sayang." -Hasya Nayla Tanpa terduga seorang wanita bernama Serra hadir untuk menuntut haknya yang hakiki. Hak sebagai seorang ibu yang menginginkan anaknya kembali. Sungguh tidak mudah untuk Nayla melepaskan bintang hatinya kepada yang lain. Namun apakan daya, Serra yang mengandungkan anak itu selama 9 bulan lamanya, pasti ingin dia merasai secebis kehangatan kasih yang selayaknya. "Tolonglah, pulangkan dia kembali... Saya sanggup buat apa sahaja yang awak nak," - Serra Natasha "Lepaslah... ibu tipu Noah! Noah tak nak ikut ibu!" -Noah Aryaan Seiring waktu, ada hal yang tak terduga terjadi. Janji yang diikat, tetapi dimungkiri. Bahagia yang dirasa, hancur sekelip mata. Konflik demi konflik yang terjadi seakan takdir tidak pernah menyebelahi. Sehingga dia yang sepatutnya lembut jiwanya, berubah menjadi seseorang yang bagaikan tidak pernah dikenali lagi. "Sikit calar badan anak-anak aku, aku akan pastikan kau terima akibatnya!" -Hasya Nayla "Noah nak bahagia macam dulu lagi..." -Noah Aryaan Saat bahagia sudah hilang, jiwa yang hidup bagaikan telah mati, dunia bagaikan sunyi sepi, dan hidup bagaikan tiada ertinya lagi. Mungkin 'hak' lebih berkuasa daripada 'takdir' dan mungkin juga duka yang akan menemani selamanya. Adakah bintang yang bersinar indah itu hanya sekadar pinjaman tuhan sementara atau anugerah hujung nyawa? START: 20/6/2024 END: 19/3/2026

More details
WpActionLinkContent Guidelines